Free Islamic App

Saturday 1 March 2014

Mourinho kecewa dengan tonggak serangan

Jose Mourinho sedar bahawa Chelsea perlu lebih tajam di hadapan gawang lawan jika ingin merangkul trofi musim ini.

Jose Mourinho sedar bahawa Chelsea perlu lebih tajam

Pasukan Blues di tangga kedudukan Liga Perdana England dengan hanya 11 perlawanan lagi dan mempunyai peluang baik untuk mara ke pusingan seterusnya dalam Liga Juara Juara selepas keputusan 1-1 dengan Galatasaray.
Pasukan London utara itu tidak terjejas dengan suasana hangat di Turk Telekom Arena tetapi ini bukan kali pertama Mourinho menyaksikan pasukannya gagal.
Walaupun telah menjaringkan gol pembukaan melalui jaringan Fernando Torres pada minit ke 9, Aurelien Chedjou menyamakan kedudukan dalam babak kedua.
"Inilah pasukan kami." Mourinho berkata.
"Ada pasukan mempunyai tiga peluang dan menjaringkan tiga gol. Kami mempunyai lima peluang dan menjaringkan satu.
"Kami mencipta peluang tetapi apabila tiba di bahagian depan gawang, sentuhan ataupun hantaran kami tidak betul.
"Ini bukan kritikan terhadap penyerang saya. Ini hanya profil pasukan pada masa ini.
"Kami mampu mencipta peluang tetapi apabila tiba di bahagian terakhir kami gagal membunuh musuh.
"Kami juga terjejas dalam Liga Perdana dan sering terlepas mata, dalam Liga Juara Juara juga, tetapi pemain saya telah melakukan yang terbaik.
"Mereka akan berjuang untuk pasukan dan bekerja keras dan mempunyai disiplin taktikal. Saya rasa mereka telah membuat yang terbaik.
"Kami tidak bernasib baik dalam babak pertama dan sepatutnya menaringkan lebih banyak gol dan malangnya kami dibolosi pada minit terakhir."

Sumber : foxsportmalaysia

No comments:

Post a Comment

Widget Ping Busuk