Free Islamic App

Sunday 9 March 2014

Romania halang Messi dan Argentina

Tonggak serangan Argentina yang dibintangi Lionel Messi gagal membolosi gawang Romania dalam keputusan seri tanpa gol.

Romania halang Messi dan Argentina

Walaupun dibintangi Lionel Messi, Gonzalo Higuain dan Sergio Aguero, pasukan Amerika Selatan itu gagal menjaringkan gol dalam perlawanan dengan Romania di Bucharest.
Pengurus Alejandro Sabella mempunyai lebih kurang 100 hari lagi sebelum kempen Piala Dunia bermula untuk memastikan yang kesebelasan utamanya memperbaiki permainan.
Pasukan pelawat telah cuba sedaya upaya untuk menguasai perlawanan dari wisel permulaan tetapi peluang pertama jatuh kepada pemain pertahanan Jose Basanta dengan tandukan yang melambung tinggi dari sepakan penjuru.
Angel Di Maria kemudian memberi hantaran tepat kepada Higuain tetapi penyerang Napoli itu gagal menyempurnakan peluang dan dihalang oleh penjaga gol Romania Ciprian Anton Tatarusanu.
Romania cuba membalas dengan gerakan serangan yang mengakhiri dengan tandukan Ciprian Marica yang ditepis keluar oleh penjaga gol Sergio Romero.
Romero kemudian menghalang tandukan Alexandru Maxim sebelum penyerang bintang Manchester City Aguero membalas dengan menggelecek lepas empat pemain pertahanan Romania tetapi sentuhan terakhirnya mengecewakan.
Aguero terus mengancam selepas masa rehat dan berjaya menggelecek lepas penajaga gol gantian Costel Pantilimon sebelum rembatannya dihalang oleh pemain pertahanan Florin Gardos.
Anak buah Sabelle meneruskan penguasaan bola tetapi rembatan penyerang Inter Milan Rodrigo Palacio dari hantaran Marcos Rojo tersasar.
Penyerang Paris St Geramin Ezequiel Lavezzi kemudian menggantikan Higuain tetapi gagal mengubah nasib pasukan.

Sumber : FoxsportMalaysia

No comments:

Post a Comment

Widget Ping Busuk