Free Islamic App

Wednesday 5 March 2014

Ox tidak akan ulang kesilapan

Football News: Alex Oxlade-Chamberlain

Jika England bertemu Brazil dalam Piala Dunia, Alex Oxlade-Chamberlain janji tidak akan minta Neymar bajunya hingga wisel penamat.Oxlade-Chamberlain telah menjaringkan gol terbaik dalam kerjayanya untuk England pada bulan Jun lepas dalam perlawanan di Maracana dengan Brazil.
Pemain sayap itu telah minta Neymar, yang belum berpindah ke Barcelona, untuk bajunya sebelum perlawanan berakhir.
Roy Keane dan pengurus bawah 21 England Garethe Southgate telah mengkritik tindakannya.
"Saya telah minta bajunya sebelum perlawanan berakhir." kata Oxlade-Chamberlain.
"Roy Keane marah saya selepas itu. Saya tidak berniat untuk menunjukkan semua, ia hanya kerana pada masa itu kamera diarahkan ke saya.
"Saya setuju dengan Roy. Ia tidak sepatutnya berlaku.
"Saya harus mengakui kesilapan. Saya tidak perlu terlalu kagum dengan pemain lawan.
"Ia hanya kerana saya amat menghormati sumbangannya dalam sukan bola sepak."
Walaupun terlibat dalam kontroversi kecil itu, Oxlade-Chamberlain telah menimba pengalaman yang penting.
Yang pertama adalah untuk bermain dalam salah satu dari stadium yang paling ikonik dalam sukan bola sepak, sesuatu yang akan memberinya semangat untuk membuktikan diri dalam pasukan yang akan dipilih pengurus England Roy Hodgson nanti.
Memori jaringan gol jarak jauhnya yang cantik juga sering memberinya semangat terutamanya apabila melalui kecederaan jangka panjang.
"Detik-detik seperti itu amat memuaskan terutamanya apabila melalui detik yang mencabar." kata bekas pemain Southampton itu.
"Ia memberi saya inspirasi dan motivasi untuk meneruskan usaha supaya dapat kemabli beraksi. Saya tidak akan melupakan pengalaman saya di Rio."

Sumber : Foxsportmalaysia

No comments:

Post a Comment

Widget Ping Busuk