Free Islamic App

Tuesday 4 March 2014

Ronaldo terus jadi penyelamat Real Madrid

Ronaldo terus jadi penyelamat Real Madrid

Jaringan penyamaan Cristiano Ronaldo lapan minit sebelum tamat perlawanan memastikan Real Madrid kekal di puncak La Liga selepas pasukan itu seri 2-2 dengan Atletico Madrid dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Vicente Calderon.

Keputusan itu mengekalkan Real di hadapan Atletico dengan tiga mata, namun Barcelona kini merapati mereka di tangga kedua dengan perbezaan satu mata selepas berpesta gol menewaskan Almeria 4-1 semalam.

Pasukan kendalian Carlo Ancelotti beraksi dengan penuh keyakinan selepas kejayaan menundukkan Schalke 6-1 dalam aksi Liga Juara-juara pertengahan minggu lalu dan mendahului ketika perlawanan baru berlangsung tiga minit menerusi Karim Benzema yang menerima umpanan Angel di Maria.

Meskipun dinafikan sepakan penalti selepas Sergio Ramos menjatuhkan Diego Costa, Atletico masih mampu mengejutkan Real untuk menyamakan kedudukan dan kemudian mendahului menerusi jaringan Koki dan kapten pasukan Gabi.

Penolong pengurus Atletico, Mono Bargos kemudian diarah meninggalkan padang selepas berkonfrontasi dengan pengadil di pertengahan masa kedua setelah pasukannya dinafikan sepakan penalti kedua.

Kekecewaan Atletico bertambah selepas Ronaldo berjaya menyamakan kedudukan pada penghujung perlawanan.

Sepakan sudut yang pendek dari sebelah kanan menyaksikan bola kembali kepada Di Maria dan sepakan lencongnya disambar oleh Benzema berhampiran tiang.

Penyokong tuan rumah dan pemain-pemain Atletico kecewa tujuh minit kemudian apabila pengadil, Carlos Delgado Ferreiro tidak memberikan sepakan penalti setelah Costa kelihatan dibentes di dalam kawasan gol oleh Ramos.

Tuan rumah menyamakan kedudukan pada minit ke-27 apabila Turan mengumpan kepada Koke di dalam kotak penalti untuk melepaskan rembatan rendah.

Atletico mendahului pula de­ngan gaya menarik pada penghujung babak pertama apabila Gabi mengawal sepakan bebas pendek dan melepaskan sepakan untuk menewaskan penjaga gol Real, Diego Lopez dari jarak 35 meter.

Kontroversi sekali lagi tercetus apabila Costa berguling akibat dikasari di dalam kawasan penalti, kali ini oleh Alvaro Arbeloa, tetapi Ferreiro sebaliknya memberikan kad kuning kepada Costa atas dakwaan menjatuhkan diri sebelumRonaldo menyepak masuk ketika permainan berbaki lapan minit.

Di Nou Camp, Barcelona hanya memerlukan lapan minit untuk mendapat gol pertama apabila Alexis Sanchez menguis bola masuk selepas Esteban gagal menangkap kemas sepakan Cesc Fabregas. Lionel Messi menjadikan kedudukan 2-0 mene­rusi sepakan bebas dari jarak 25 meter untuk gol kelapannya daripada enam perlawanan terakhir.

Bagaimanapun, Almeria mendapat semangat tiga minit kemudian apabila Angel Trujillo mengambil kesempatan daripada kawalan lemah pertahanan Barca untuk menanduk masuk sepakan sudut Corona.

Pasukan pelawat nyaris menyamakan kedudukan selepas rehat apabila Aleix Vidal menyepak terus kepada Victor Valdes dari dalam kawasan penalti.

Barca akhirnya mengukuhkan kedudukan apabila Carles Puyol menyepak masuk gol ketiga setelah bola terkena palang setelah ditanduk oleh Messi dan Xavi membuat sepakan lencong untuk gol keempat ketika permainan berbaki dua minit.



Artikel Penuh:
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment

Widget Ping Busuk