Neymar menjaringkan hatrik dalam kemenangan 5-0 Brazil atas Afrika Selatan dalam perlawanan persahabatan di Johannesburg.
Oscar membuka tirai pada minit ke 10 sebelum Neymar menjaringkan gol pertamanya lewat dalam babak pertama.
Pemain bintang Barcelona itu mendapat gol kedua beberapa saat selepas masa rehat, Fernandinho menjaringkan gol keempat pasukan sebelum Neymar melengkapkan hatrik dalam masa kecederaan.
Penyerang yang berusia 22 tahun itu kini telah menjaringkan 30 gol dalam 47 penampilan untuk negara - dua kurang dari senarai 10 penjaring terbanyak Brazil.
Anak buah Felipe Scholari bermain dengan baik dari wisel permulaan dan pemain midfield Chelsea, Oscar, menjaringkan gol pembukaan hasil tendangan cip cantik lepas penjaga gol pasukan Bafana Bafana, Ronwen Williams, selepas mengawal bola dari hantaran tepat Hulk.
Neymar hampir-hampir menjaringkan gol kedua pada minit ke 20 apabila dalam situasi satu lawan satu dengan Williams tetapi rembatannya tersasar.
Williams membuat satu lagi halangan baik dari rembatan Neymar selepas penyerang Brazil itu melepasi beberapa pemain pertahannnya dengan mudah.
Neymar akhirnya menjaringkan gol pertamanya limat minit sebelum masa rehat apabila merembat bola masuk melalui kaki Williams.
Brazil menukar jersi kepada warna biru dalam babak kedua dan Neymar mendapat gol keduanya selepas hanya 30 saat.
Penyerang itu melepasi perangkap ofsaid dengan senang sebelum menyepak bola lepas Williams.
Brazil kemudian menguasai kawalan bola tetapi terpaksa menunggu hingga minit ke 79 untuk gol keempat pasukan - Fernandinho merembat masuk gol pertamanya untuk negara.
Neymar mengakhiri pesta gol dalam masa tambahan dari hantaran Jo.
Brazil akan bermain dua lagi perlawanan persahabatan sebelum perlawanan pembukaan dengan Kroatia di Sao Paulo pada 12 Jun.
Pasukan Selecao akan bertemu Pana di Golana pada 3 Jun sebelum Serbia di Stadium Morumbi, Sao Paulo tiga hari kemudian
Sumber : Foxsportmalaysia

No comments:
Post a Comment