Free Islamic App

Monday 24 March 2014

Vidal ingin bermain dengan Alexis

Pemain tengah Juventus, Arturo Vidal mendedahkan impian beraksi bersama pemain Barcelona, Alexis Sanchez dalam satu pasukan pada masa akan datang.

Arturo Vidal


Difahamkan, Sanchez menggesa rakan sepasukannya dalam skuad antarabangsa Chile itu untuk menyertai Barcelona selepas Vidal hangat dikatakan akan meninggalkan Juventus pada musim depan.
Vidal turut menegaskan bahawa dia dan Sanchez merupakan kawan baik dan mengakui lebih berminat untuk beraksi bersama dengan Juventus berbanding The Catalan.
"Saya tidak mempunyai masalah dengan Sanchez. Kami saling mengenali sejak kecil lagi kerana kami pernah beraksi bersama pada peringkat bawah 20 tahun Chile, Colo Colo (kelab Chile) dan persahabatan yang akrab.
"Sudah tentu saya mahu beraksi bersama seseorang yang mana saya boleh berkongsi sesuatu tetapi mungkin dia (Sanchez) boleh bermain di sini (Juventus).
"Perkara seperti ini akan mengambil masa untuk diuruskan," katanya.
Pemain berusia 26 tahun itu turut menepis dakwaan mengatakannya akan menyertai pasukan lain, sebaliknya mengakui sedang menumpukan sepenuh perhatian terhadap tanggungjawabnya bersama Juventus.
"Saya cuba tidak memikirkan terlalu banyak spekulasi, jika tidak saya akan menjadi marah. Lebih baik saya tumpukan kepada latihan dan bersedia untuk perlawanan seterusnya.
"Ia satu perkara baik apabila nama kamu dikaitkan dengan Real, Barca atau United. Saya akan berikan yang terbaik buat Juventus," ujar Vidal.


Sumber : Foxsportmalaysia

No comments:

Post a Comment

Widget Ping Busuk