Free Islamic App

Friday, 7 March 2014

Hodgson kagum aksi pemain muda

Hodgson kagum aksi pemain muda

Pengurus England, Roy Hodgson memuji persembahan pemain-pemain mudanya selepas menewaskan Denmark 1-0 dalam perlawanan terakhir semalam sebelum dia mengumumkan skuad ke Piala Dunia.

Hodgson menurunkan bek kiri Southampton, Luke Shaw, 18, yang membuat penampilan pertama, serta menyaksikan pemain sayap Liverpool, Raheem Sterling, 19, dinamakan sebagai pemain terbaik perlawanan dalam aksi persahabatan di Stadium Wembley itu.

Adam Lallana, 25, dan Danny Welbeck, 23, turut mempamerkan permainan mengagumkan selepas dibawa masuk pada babak ke­dua, dengan penyerang Liverpool, ­Daniel Sturridge menanduk masuk gol kemenangan pada minit ke-82.

England menamatkan perlawanan semalam dengan enam pemainnya berusia 25 tahun ke bawah dan Hodgson percaya prestasi mereka ketika berdepan dengan keampuhan skuad Denmark telah menunjukkan petanda positif menjelang Piala Dunia di Brazil.

"Anda tidak boleh membuat saya berkata sesuatu yang negatif tentang pemain-pemain muda yang beraksi hari ini (semalam). Pada satu tahap, kami hanya memiliki Gary Cahill, Joe Hart, Glen Johnson dan Steven Gerrard yang boleh dianggap sebagai pemain senior. Pemain lain pula turut berjaya bermain dengan baik, dan kami tidak memberi ruang langsung kepada Denmark untuk menjaringkan gol.

"Ini merupakan satu perkembangan positif. Saya mahu pemain muda diberi peluang untuk bermain di Wembley, dan saya yakin Shaw serta Lallana akan kembali ke Southampton dengan semangat yang positif," katanya.

Hanya seorang pemain yang tidak diturunkan iaitu Frank Lampard, tetapi Hodgson menafikan sama ada pemain itu atau pun rakan sepasukannya dalam Chelsea, Ashley Cole, yang digantikan oleh Shaw, semakin merosot dalam tingkat senarai pemainnya.

"Tidak. Tiada sesiapa pun yang terancam. Frank perlu terima (tidak bermain), begitu juga dengan Michael Carrick yang saya tidak turunkan malam ini (semalam). Saya menyenaraikan Steven Gerrard bermain untuk sepenuh masa.

"Jika saya mahu menggantikan Gerrard, sudah tentu Frank Lampard dan Michael Carrick menjadi pilihan saya. Sepanjang pengetahuan saya, Frank Lampard dan Ashley Cole masih lagi berada dalam perancangan kami dan saya juga perlu membuat keputusan itu nanti," katanya ketika ditanya sama ada kedudukan Lampard kini terancam.

Pemain tengah Arsenal, Jack Wilshere yang kelihatan berada dalam kesakitan ketika dikasari oleh kapten Denmark, Daniel Agger telah mewujudkan kebimbangan dalam skuad England, tetapi Hodgson berkata, pemain itu tidak mengalami kecederaan serius



Artikel Penuh:
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment

Widget Ping Busuk