Free Islamic App

Friday, 7 March 2014

Messi, Argentina tak cukup bagus

Messi, Argentina tak cukup bagus

Argentina, yang diletakkan sebagai antara pencabar kejua­raan Piala Dunia 2014 yang patut digeruni, gagal mempamerkan aksi meyakinkan apabila seri 0-0 menentang Romania dalam aksi persahabatan semalam.

Malah persembahan pen­yerang terbaik dunia, Lionel Messi juga tidak begitu memberangsangkan kerana sakit selepas tujuh minit bermain.

Argentina yang diundi dalam kumpulan yang sama dengan Iran, Bosnia-Herzegovina dan juara Afrika, Nigeria di Brazil sukar bermain dengan baik pada perlawanan tersebut malah Messi turut tenggalam kerana masih belum berada pada tahap kecergasan terbaiknya.

Jurulatih Argentina, Alex Sabella memulakan perlawanan tersebut dengan pilihan utamanya iaitu Messi, Sergio Aguero dan Gonzalo Higuain di bahagian serangan manakala Angel di Maria, Javier Mascherano dan Pablo Zabaleta mengisi bahagian tengah.

Dengan keadaan Messi yang masih belum berada di tahap terbaiknya membuatkan pemain tersebut hanya mampu mencipta beberapa peluang jaringan namun gagal menghasilkan gol.

Aksi hambar yang dipamerkan oleh Argentina itu membolehkan Romania menembusi pertahanan pa­su­kan lawan dengan mudah selain turut berpeluang mendapatkan jaringan.

Pemain tengah Romania, Alexandre Maxim hampir menghadiahkan gol buat pasukannya pada minit ke-33 menerusi tandukan tepat ke gawang gol namun kecekapan penjaga gol Argentina, Sergio Romero berjaya menafikan percubaan tersebut.

Bermula babak kedua perlawanan menyaksikan Argentina cuba menjadikan perlawanan lebih menarik dengan gerakan hebat daripada jentera serangan namun harapan untuk mendapatkan gol gagal hingga tamat 90 minit perlawanan.




Artikel Penuh:
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment

Widget Ping Busuk