Atletico Madrid mara ke pusingan suku akhir Liga Juara Juara untuk kali pertama dalam 17 tahun selepas menewaskan AC Milan 4-1.
Atletico mula perlawanan di padang sendiri dengan kelebihan gol hasil jaringan Diego Costa dalam perlawanan pertama. Penyerang Sepanyol itu membuka tirai dengan rembatan voli selepas hanya tiga minit tetapi Kaka menyamakan kedudukan untuk Milan tidak lama kemudian.
Rembatan Arda Turan membuat keputusan 2-1 sebelum jaringan gol dari Raul Garcia dan Costa dalam babak kedua mengakhiri perlawanan dengan kemenangan agregat 5-1 bagi pasukan Sepanyol itu di Vicente Calderon.
Hanya dua pasukan dalam sejarah kejohanan Liga Juara Juara pernah bangkit dari kekalahan di padang sendiri dalam perlawanan pertama dan tambahan pula, Atletico antara dua kelab yang tidak pernah kalah musim ini dalam Liga Juara Juara selain Real Madrid.
Atletico mula dengan baik dan mendapat gol dari gerakan serangan pertama mereka, hantaran Koke dari sayap kiri dirembat masuk oleh Costa dengan senang.
Ia adalah gol keenam bagi Costa dalam Liga Juara Juara dan yang ke 27 dalam semua kejohanan.
Pemain midfield Milan Kaka kemudian menanduk masuk gol penyamaan dari gerakan serangan pertama pasukannya pada minit ke 27.
Mario Balotelli telah memberi bola kepada Andrea Poli di sayap kanan dan hantaran pemain pertahanan itu ditanduk dengan baik oleh Kaka.
Kaka hampir-hampir menggandakan kelebihan pada minit ke 36 tetapi tandukannya melambung tinggi.
Atletico membalas empat minit kemudian apabila Costa memberi bola kepada Arda di luar kotak penalti dan pemain midfield itu melepaskan rembatan deras yang melantun masuk dari Rami.
Pasukan Sepanyol itu mula babak kedua dengan rentak yang sama dan menguasai kawalan bola. Pemain gantian Milan Robinho menguji penjaga gol Thibaut Courtois dengan rembatan cantik tetapi gagal mengubah keputusan.
Garcia menanduk masuk gol ketiga pasukannya dari sepakan percuma Gabi pada minit ke 71 sebelum Costa mengakhiri malam yang baik dengan gol pada minit ke 85.
Sumber : Foxsportmalaysia

No comments:
Post a Comment