Free Islamic App

Monday 3 March 2014

Tiada alasan bagi Tottenham

Kyle Naughton berpendapat bahawa Tottenham tidak boleh memberi perlawanan Liga Europa sebagai alasan kemerosotan dalam Liga Perdana Barclays.

Tiada alasan bagi Tottenham

Spurs gagal menang enam dari sembilan perlawanan terakhir termasuk kempem mereka di Eropah musim ini dan ia menjejas matlamat mereka untuk mendapatkan tempat empat teratas.
Kekalahan di Norwich pada hari Ahad bermakna mereka kini enam mata di belakang Liverpool di tempat empat.
Spurs perlu mengatasi kelebihan gol 1-0 Dnipro di Ukraine dalam Liga Eurpa untuk mara ke pusingan seterusnya.
"Kami tidak boleh memberi alasan bermain dalam Liga Europa. Kami mempunyai skuad yang cukup besar dan patut mengharungi cabaran dalam kejohanan itu serta Liga Perdana.
"Statistik tidak tipu, saya tidak pasti mengapa kami menghadapi masalah ini.
"Tidak banyak perlawanan tinggal dalam kempen kami dan kami tidak boleh melepaskannya. Kami harus sasar tempat empat teratas.
"Ia agak sukar pada masa ini, semua sedang menunjukkan rpestasi yang baik. Tetapi kami harus lihat ke hadapan dan bukan belakang. Kami perlu sedaya upaya untuk mendapatkan sebanyak mungkin mata dari perlawanan yang tinggal."
Penyerang veteran Jermain Defoe pula akan meninggalkan White Hart Lane pada haris Khamis untuk berpindah ke Toronto selepas dua kempen di Tottenham dengan 143 gol.

Sumber : Foxportmalaysia

No comments:

Post a Comment

Widget Ping Busuk