Free Islamic App

Saturday 1 March 2014

Harimau Malaya diharap pamer aksi terbaik malam ini

Harimau Malaya diharap pamer aksi terbaik malam ini

Ketua jurulatih sementara skuad Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee berharap pemain pasukan itu meraih keputusan positif pada aksi persahabatan menentang Filipina di Stadium Majlis Perbandaran Selayang esok.

Kim Swee, yang juga Ketua Jurulatih skuad B-23 (Harimau Muda A) berkata, keputusan positif boleh menjadi pembakar semangat ketika pemain berdepan Yaman pada perlawanan terakhir kumpulan D, Kelayakan Piala Asia 2015 di UAE, empat hari kemudian.

"Sudah tentu kita ingin dapatkan satu keputusan yang positif di mana kita sudah berlatih begitu lama dan yang penting, para pemain harus mempamerkan satu corak permainan yang lebih agresif berbanding sebelum ini," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat pengurus pasukan di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia, Kelana Jaya hari ini.

Pengendali berusia 43 tahun itu bagaimanapun mengingatkan pemain agar tidak memandang rendah keupayaan pasukan lawan bimbingan Thomas Dooley meskipun sebelum ini skuad Harimau Malaya mempunyai rekod cemerlang ketika menentang mereka.



Artikel Penuh: © Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment

Widget Ping Busuk