Free Islamic App

Monday 3 March 2014

Real Madrid belasah Schalke

Real Madrid menjaminkan tempat dalam pusingan suku akhir Liga Juara Juara selepas pesta gol 6-1 di Schalke.

Real Madrid belasah Schalke

Juara sembilan kali itu hanya menang sekali dalam 25 tahun di Jerman tetapi tonggak serangan Real Madrid mencatatkan sejarah di Veltins-Arena.
Karim Benzama, Gareth Bale dan Cristiano Ronaldo semua menjaringkan dua gol sementara Klaas-Jan Huntelaar sempat menjaringkan gol saguhati dalam detik terakhir peralwanan.
Schalke mula perlawanan dengan baik dan hampir-hampir menjaringkan gol pembukaan pada minit pertama tetapi tandukan Benedikt Howedes tersasar.
Real mula menguasai kawalan bola dan mendapat gol pembukaan 12 minit kemudian.
Bale menggelecek masuk dari sayap kanan dan Ronaldo memberi hantaran 'backheel' kepada Benzema yang menyempurnakan peluang dengan baik.
Schalke cuba balas dua minit kemudian dari gerakan Jefferson Farfan tetapi Casillas menyelamatkan rembatan Julian Draxler dengan baik.
Bale membuat keputusan 2-0 pada minit ke 21 dari hantaran Benzema yang merampas bola daripada Felipe Santana.
Real meneruskan prestasi baik dalam babak kedua pada minit ke 52 hasil gandingan Ronaldo dan Bale. Bekas pemain Spurs itu memberi hantaran baik kepada penyerang bintang Real dan beliau menggelecek lepas benteng pertahanan Schalke sebelum merembat bola lepas penjaga gol Fahrmann.
Beberapa minit kemudian Ronaldo dan Benzema berganding lagi untuk gol kedua Ronaldo.
Bale mendapat gol kedua pada minit ke 67 dari hantaran Sergio Ramos yang merampas bola di tengah padang.
Ronaldo mendapat gol keduanya pada minit ke 88 dari gerakan Isco dan Benzema untuk membuat keputusan 6-0 sebelum bekas penyerang Real Huntelaar muncul dengan gol saguhati - kali pertama dalam 10 perlawanan Casillas dibolosi.

Sumber : Foxsportmalaysia

No comments:

Post a Comment

Widget Ping Busuk