Robin van Persie menyatakan bahawa beliau sering dihalang oleh rakan sepasukan Manchester United apabila dalam posisi baik.
Manchester United mengalami kekalahan 2-0 kepada Olympiacos di Liga Juara Juara hasil jaringan Alejandro Dominguez dan pemain pinjaman dari Arsenal Joel Campbell.
Van Persie melepaskan beberapa peluang keemasan untuk menjaringkan gol dan tidak memberi persembahan baik dalam perlawanan.
Bekas penyerang Arsenal itu memberitahu pihak penyiar Belanda NOS bahawa rakan sepasukan menyukarkan tugasnya.
"Ia amat sukar untuk bermain kerana rakan sepasukan sering di tempat yang sama dengan saya." kata Van Persie.
"Saya terpaksa mengubah taktik saya. Malangnya mereka sering menghalang.
"Perlawanan amat hambar dan kami menguji penjaga gol lawan haya sekali.
"Semua amat kecewa."
United perlu menang dengan kelebihan tiga gol jika ingin mara ke pusingan seterusnya di Old Trafford pada 3 Mei.
Pasukan Red Devils telah tersingkir dari kejohanan domestik dan berada 11 mata di belakang pasukan empat teratas dalam kedudukan Liga Perdana, Liga Juara Juara adalah satu-satunya peluang terbaik bagi pasukan David Moyes untuk merangkul trofi musim ini.
"Ia tidak mustahil, kerana saya jangka kami mampu menang 3-0 di padang sendiri." tambah Van Persie.
"Mereka tidak bermain dengan baik. Kami yang gagal bermain dengan baik."
Walaupun bekas ketua pasukan United Roy Keane menyatakan bahawa prestasi pemain United amat memalukan dan tidak rasa yang mereka akan mara, pengurus David Moyes berpendapat bahawa mereka masih mempunyai harapan.
"Manchester United adalah kelab yang handal, tetapi kami gagal membuktikan diri malam ini." kata Keane.
"Ia adalah sesuatu yang kami perlu memperbaiki. Kami harus ubah kesilapan dan cuba sedaya upaya.
"Masih ada perlawanan kedua di Old Trafford nanti. Saya tidak sabar untuk mula satu lagi perlawanan."
Sumber : Foxsportmalaysia

No comments:
Post a Comment