Kami memberi analisis lapan pasukan yang akan bersaing untuk melayakkan diri ke perlawanan peringkat akhir UCL di Lisbon pada 24 Mei nanti.
Sumber : Foxsportmalaysia
Atletico Madrid
Keputusan terbaik: Naib Juara (1974)
Pemain bintang: Diego Costa
Analisis: Harapan mereka untuk merangkul kejohanan La Liga mungkin semakin menipis tetapi 22 jaringan gol oleh Diego Costa telah memberi pasukan Madrid ini antara detik terbaik dalam sejarah mereka termasuk kemenangan agregat 5-1 atas AC Milan.
Barcelona
Keputusan terbaik: Juara (1992, 2006, 2009, 2011)
Pemain bintang: Lionel Messi
Analisis: Prestasi Barca yang mengecewakan dalam La Liga juga bermakna yang besar kemungkinan juara bertahan La Liga ini tidak dapat mengulangi pencapaian tahun lepas. Walaubagaimanapun persada Eropah ini akan memberi mereka semangat terutamanya selepas kemenangan 4-1 atas Manchester City.
Bayern Munich
Keputusan terbaik: Juara (1974, 1975, 1976, 2001, 2013)
Pemain bintang: Franck Ribery
Analisis: Pep Guardiola sasar Piala Eropah dengan kelab keduanya dan Bayern, yang masih mengekalkan rekod tanpa kalah dalam Bundesliga untuk hampir-hampir dua musim, telah belasah semua pasukan lawan dalam peringkat kumpulan.
Borussia Dortmund
Keputusan terbaik: Juara (1997)
Pemain bintang: Robert Lewandowski
Analisis: Naib juara tahun lepas kini 23 mata di belakang musuh ketat mereka dalam Bundesliga dan tewas kepada Zenit St Petersburg dalam perlawanan UCL terakhir tetapi masih mara dengan kelebihan agregat. Lewandowski telah digantung perlawanan akibat mengutip kad kuning tetapi pengurus Jurgen Klopp masih mampu membangkitkan prestasi pasukan dengan pemain gantian lain.
Chelsea
Keputusan terbaik: Juara (2012)
Pemain bintang: Eden Hazard
Analisis: Chelsea mengalami kekalahan yang mengejutkan dalam Liga Perdana England kepada Aston Villa dalam perlawanan terakhir tetapi rekod pengurus Jose Mourinho amat mengagumkan dan beliau dijangka akan memberi saingan sengit demi merangkul trofi itu untuk kali ketiga.
Manchester United
Keputusan terbaik: Juara (1968, 1999, 2008)
Pemain bintang: Robin van Persie
Analisis: David Moyes telah mengharungi musim yang amat mencabar tetapi beliau telah berjaya memecahkan satu lagi rekod, kini yang positif, apabila bangkit dari kekalahan 2-0 dalam perlawanan pertama - kali pertama sejak Bryan Robson mengetuai pasukan.
Paris Saint-Germain
Keputusan terbaik: Suku akhir (1995)
Pemain bintang: Zlatan Ibrahimovic
Analisis: Ibrahimovic akan berusaha sedaya upaya dalam UCL setelah pasukan negaranya gagal melayakkan diri ke Piala Dunia tahun ini. Pasukan termahal dunia ini telah menewaskan Bayer Leverkusen dengan agregat 6-1 dalam perlawanna UCL terakhir.
Real Madrid
Keputusan terbaik: Juara (1956, 1957, 1959, 1960, 1966, 1998, 2000, 2002)
Pemain bintang: Cristiano Ronaldo
Analisis: Selepas terpaksa menunggu 12 tahun, ini adalah peluang terbaik untuk Real Madrid melengkapkan la decima, yaitu trofi ke sepuluh mereka dalam kejohanan ini. Ronaldo juga hanya kurang dua gol untuk memecahkan rekod Lionel Messi dalam Liga Juara Juara ini selepas menyumbat empat gol dalam kemenangan agregat 9-2 atas Schalke.
Sumber : Foxsportmalaysia
No comments:
Post a Comment