Free Islamic App

Monday 3 March 2014

Wenger balas kritikan Mourinho

Arsene Wenger rasa bahawa komen Jose Mourinho terhadapnya "amat bodoh dan biadab" dan pengurus Chelsea itu telah memalukan kelabnya sendiri.

Wenger balas kritikan Mourinho

Mourinho telah menyatakan bahawa Wenger adalah "pakar kegagalan" kerana tidak dapat merangkul trofi dalam lapan tahun terakhir - selepas Wenger meluahkan pendapat bahawa Chelsea adalah pilihan kegemaran untuk menang kejohanan Liga Perdana England.
Wenger menegaskan bahawa pasukan yang menolak label sebagai pilihan kegemaran hanya membuat begitu kerana takut kegagalan.
"Saya tidak mahu memberi pendapat tentang komen yang bodoh dan biadab itu," kata Wenger kepada BT Sport selepas kemenangan 2-1 pasukannya atas Liverpool.
"Saya tidak menyatakan apa-apa tentang beliau dalam sidang media dan enggan mula.
"Ia lebih memalukan untuk Chelsea, bukan saya."
Hubungan antara Wenger dan Mourinho sering mendatangkan kontroversi.
"Dia adalah pakar kegagalan. Bukan saya." kata Mourinho selepas pasukannya tewas 2-0 kepada Manchester City dalam perlawanan pusingan kelima Piala FA.
"Jika benar apa yang beliau mengatakan tentang saya, yang saya takut kegagalan, ia kerana saya tidak selalu gagal."
Bekas penjaga gol Arsenal Bob Wilson telah memberitahu rancangan BBC Five Live bahawa komen Mourinho "memalukan" dan "biadab".
Wenger enggan membesar-besarkan isu itu.
"Saya lebih malu untuknya sebenarnya," Wenger berkata.
"Saya lebih kecewa untuk Chelsea dari saya.
"Saya tidak minat dengan topik ini.
"Saya mencintai sukan bola sepak - maaf kerana mengecewakan anda - bagi saya apa yang lebih menarik adalah apa yang berlaku di padang."

Sumber : Foxsportmalaysia

No comments:

Post a Comment

Widget Ping Busuk