Free Islamic App

Tuesday 18 March 2014

Rooney: Kekalahan umpama mimpi ngeri

Bintang pe­nyerang Manchester United, Wayne Rooney menyifatkan kekalahan 0-3 pasukannya kepada Liverpool umpama mimpi ngeri dan antara hari terburuk dalam kerjayanya.

Wayne Rooney speaks to the media during the Manchester United press conference at Karaiskakis Stadium

United bergelut dengan masalah prestasi di bawah bimbingan pengurus baharu, David Moyes dan terbaharu, The Red Devils dimalukan oleh musuh tradisi, Liverpool di Old Trafford kelmarin.
Dalam perlawanan itu, Steven Gerrard menjaringkan dua gol menerusi sepakan penalti, manakala satu lagi jaringan pasukan pelawat disumbangkan oleh penyerang Uruguay, Luis Suarez.
Kemenangan tersebut membo­lehkan Liverpool melonjak ke tangga kedua dan merapatkan jurang mata kepada empat di belakang pendahulu Liga Perdana, Chelsea.
Menurut Rooney, tindakan pengadil melayangkan kad merah kepada kapten United, Nemanja Vidic membuatkan pasukannya tertekan, selain mengakui ia me­rupakan perlawanan paling buruk buat tuan rumah.
"Ia ibarat mimpi ngeri.
"Ini adalah salah satu hari terburuk yang pernah saya lalui dalam bola sepak.
"Anda perlu memberi kredit kepada Li­verpool kerana mereka bermain dengan baik. Tiada siapa yang mahukan kekalahan, terutama dengan cara begini di stadium kami sendiri," kata Rooney.
Ini adalah kekalahan kesembilan United dalam persaingan Liga Perdana musim ini, malah ia merupakan kekalahan kelima mereka di depan penyokong sendiri.
Kekalahan tersebut meletakkan penyandang juara itu berada dalam kedudukan bahaya gagal untuk melayakkan diri ke Liga Juara-juara buat kali pertama.

Sumber : FoxsportMalaysia

No comments:

Post a Comment

Widget Ping Busuk