Free Islamic App

Friday 14 March 2014

Barca benam City di Nou Camp

Lionel Messi dan Dani Alves menjaringkan gol dalam kemenangan 2-1 Barcelona atas Manchester City di padang sendiri.

Barcelona forward Lionel Messi

Kedua-dua pemain itu telah menjaringkan gol dalam kemenangan perlawanan pertama di Stadium Etihad dan melengkapkan kemenangan agregat 4-1 atas kelab England itu.
City berjaya menyamakan kedudukan selepas gol pembukaan Messi hasil sepakan ketua pasukan Vincent Kompany tetapi harapan mereka untuk bangkit semakin nipis apabila Pablo Zabaleta dibuang padang akibat kad kuning kedua.
Pengurus City Manuel Pellegrini hanya mampu menyaksikan pasukannya dari jauh kerana digantung dua perlawanan akibat mengkritik pengadil.
Pasukan pelawat yang mula perlawanan dengan baik dan melancarkan gerakan serangan pertama apabila James Milner membuat larian di sayap kiri dan memberi bola kepada Silva tetapi penyerang Sepanyol itu gagal menyempurnakan peluang.
Walaupun menguasai kawalan bola seketika, Fernandinho, Aleksandar Kolarov dan Zabaleta dilayangkan kad kuning awal dalam perlawanan akibat asakan lasak.
Barca balas hasil rembatan Neymar yang membolosi gawang City tetapi gol tidak dibenarkan kerana Jordi Alba dalam posisi ofsaid.
City mempunyai satu lagi peluang apabila Messi melepasi benteng pertahanan mereka tetapi Kompany berjaya membuat halangan penting.
Pasukan England itu cuba balas dengan gerakan Silva tetapi Barca yang melancarkan serangan pantas hasil pecutan Neymar tetapi sepakannya tersasar.
Babak pertama berakhir seri tanpa gol dan Dzeko menggantikan Aguero pada masa rehat.
Penyerang Bosnia itu memberi impak dengan serta-merta dan menguji penjaga gol Victor Valdes dua kali.
Messi kemudian muncul dengan gol pembukaan pada minit ke 67 apabila merampas bola dari Joleon Lescott dan menyepak masuk bola.
City balas dengan gerakan Dzeko tetapi penyerang itu dikasari Gerard Pique tetapi pengadil tidak memberi penalti, malah Zabaleta dibuang padang akibat bertelingkah dengan pengadil.
Kompany menyamakan kedudukan dari tandukan Dzeko tetapi ia terlalu lewat dan Alves muncul dengan gol terakhir dalam masa tambahan.

Sumber : Foxsportmalaysia

No comments:

Post a Comment

Widget Ping Busuk