Free Islamic App

Monday 3 March 2014

Pellegrini: City pasukan terbaik Manchester

Manuel Pellegrini berpendapat bahawa Manchester City telah mengambil alih Manchester United sebagai kelab terbaik bandar itu musim ini.

Pellegrini: City pasukan terbaik Manchester

City masih mempunyai peluang yang baik untuk merangkul empat trofi musim ini sementara United melalui detik kemerosotan.
Pengurus pasukan City itu berkata: "Jika kami hanya mengambil kira musim ini, hanya satu kelab di Manchester, ia kelab kami, tetapi anda tidak boleh melupakan pencapaian Manchester United sebelum ini.
"Kami sasar trofi bukan sahaja domestik tetapi trofi antarabangsa.
"Kami sasar empat trofi musim ini.
"Kami harus bersabar kerana kami tidak boleh ubah pasukan selepas hanya beberapa hari.
"Kami harus mengekalkan falsafah kami dengan permainan kami."
Kemampuan City untuk merangkul kejohanan liga terjejas apabila tewas kepada Chelsea dua minggu lalu dan hanya mampu seri tanpa gol dengan Norwich.
Tetapi mereka mengembalikan keyakinan apabila menewaskan Chelsea untuk mara ke peringkat suku akhir Piala FA minggu lepas.
Kemenangan dalam kejohanan Piala Liga itu bermakna keputusan Pellegrini untuk mengekalkan taktik serangannya mendatangkan hasil.
Beliau ingin membuat yang sama apabila Barcelona berkunjung ke Stadium Etihad.
Pellegrini menambah: "Sudah tentu apabila anda bermain dengan Barcelona, pasukan yang handal, anda harus mengambil kira apa yang penting - tetapi bagi saya yang paling penting adalah untuk mengekalkan corak permainan seperti dalam liga.
"Ia penting untuk mengekalkan corak permainan dan karekter pasukan untuk cuba menewaskan Barcelona."
City juga menerima berita baik apabila Fernandinho pulih dari kecederaan.
Pemain midfield Brazil itu dijangka akan kembali beraksi di tengah padang bersama Yaya Toure.
Prestasi Toure dalam ketiadaa Fernandinho juga telah dikritik tetapi Pellegrini berpendapat bahawa kritikan itu tidak adil.
"Yaya adalah pemain yang penting bagi kami.
"Saya telah menerima beberapa persoalan tentang corak permainannya dan Yaya bermain mengikuti arahan saya.
"Dia bertahan dengan Norwich kerana kami tidak mempunyai pemain midfield defensif dan saya rasa kami hilang pemain serangan midfield yang penting. Dia menjaringkan banyak gol untuk kelab kami dan memberi sumbangan dari kelebihan kreatifnya.
"Apabila bermain dengan Javi Garcia atau Fernandinho, dia lebih bebas untuk melancarkan gerakan serangan.
"Tetapi dia tahu bahawa dia harus bertahan dan mampu melakukannya tanpa masalah."

Sumber : Foxsportmalaysia

No comments:

Post a Comment

Widget Ping Busuk