Free Islamic App

Monday 3 March 2014

Cech bimbang tentang Drogba

Penjaga gol Chelsea Petr Cech mendedahkan bahawa beliau amat bimbang dengan ancaman bekas rakan sepasukannya Didier Drogba untuk Galatasary.

Cech bimbang tentang Drogba

Drogba, 35 tahun, tiba di Stamford Bridge pada tahun 2004 tetapi berpindah pada tahun 2012 selepas mengukir nama di Chelsea.
Drogba telah merangkul tiga kejuaraan Liga Perdana, empat Piala FA dan dua Piala Liga semasa di kelab itu - pencapaian terakhirnya adalah dengan sentuhan terakhir di mana beliau menyempurnakan penalti untuk mendorong kemenangan pertama Chelsea dalam Liga Juara Juara.
Kini Drogba akan bertemu bekas kelabnya untuk kali pertama dalam Liga Juara Juara sejak berpindah.
"Ini adalah situasi baru bagi kami." kata Cech. "Didier bersama kami selama sembilan tahun dan adalah pemain yang penting kepada pasukan, pasukan kami amat mengagumkan pada masa itu. Ini adalah kali pertama kami akan menghadapinya.
"Kami tahu beliau adalah pemain penting bagi Galatasaray, beliau pemain yang handal, jadi kami harus bersedia untuk menangani ancamannya supaya beliau tidak mendapat peluang.
"Saya teruja kerana ia adalah perlawanan peringkat kalah mati dalam Liga Juara Juara, ini adalah cabaran besar bagi setiap pemain.
"Semua tahu tentang suasana di sini. Saya tidak pernah melaluinya. Ia kali pertama bagi saya jadi kami akan lihat bagaimana nanti."

Sumber : Foxsportmalaysia

No comments:

Post a Comment

Widget Ping Busuk