Free Islamic App

Monday 3 March 2014

Napoli kejar tempat kedua Seria A

Napoli kini hanya satu mata di belakang Roma, di tempat kedua, selepas kemenangan 2-0 atas Sassuolo, yang ketiga berturut-turut minggu ini.

Napoli kejar tempat kedua Seria A

Blerim Dzemaili dan Lorenzo Insigne menjaringkan gol bagi anak buah Rafael Benitez, yang telah menewaskan AC Milan 3-1 dan Roma 3-0 dalam masa seminggu sebelum pertemuan mereka dengan Swansea dalam Liga Europa.
Sassulo cuba membangkitkan permainan apabila penyerang Gonzalo Higuain terpaksa digantikan akibat kecederaan - isu besar bagi Benitez walaupun pasukannya telah mencatatkan kemenangan.
Benitez meletakkan kesebelasan utamanya yang palin kuat dan enggan merehatkan Higuain walaupun akan berkunjung ke Wales - tanda besar yang beliau ingin mendapatkan tempat kedua dalam Serie A musim ini serta kelayakan ke Liga Juara Juara musim depan.
Sassuolo yang bermula perlawanan dengan baik, dan mengulangi permainan mereka dengan pasukan Azzuri semasa di Naples pada awal musim.
Selepas 30 minit, Higuain melepaskan peluang keemasan apabila gagal menyempurnakan percubaan Insigne yang ditepis keluar oleh Gianluca Pegolo.
Napoli akhir melepasi benteng pertahanan pasukan lawan pada minit ke 37 apabila Dzemaili membuka tirai dengan rembatan tepat dari luar kotak penalti.
Napoli mendapat gol kedua 10 minit selepas masa rehat apabila Paolo Cannavaro menghalang Insigne tetapi gagal menghentikan rembatannya untuk membuat keputusan 2-0.
Sassuolo cuba membalas dengan gerakan Simone Zaza tetapi gagal mengubah keputusan hingga wisel penamat.

Sumber : Foxsportmalaysia

No comments:

Post a Comment

Widget Ping Busuk