Free Islamic App

Wednesday 19 February 2014

Mata: United kini lebih segar

Juan Mata mendedahkan bahawa sesi latihan di Dubai penting untuk beliau menyesuaikan diri dengan pasukan Manchester United.

Mata: United kini lebih segar

Moyes telah membuat keputusan untuk mengadakan sesi latihan cuaca panas di Dubai selepas pasukan seri 0-0 dengan Arsenal minggu lepas.
Walaupun telah menunjukkan prestasi baik dalam penampilan pertamanya untuk Manchester United, Mata berpendapat bahawa beliau masih memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan baik.
"Masa rehat seperti ini membenarkan pasukan untuk menjadi lebih kukuh dan memberi kami masa untuk rehat seketika sebelum meneruskan jadual yang padat." kata pemain Sepanyol itu di laman rasminya.
"Bagi saya, saya dapat cuba menyesuaikan diri dengan lebih baik dengan pasukan dan untuk meningkatkan lagi usaha dalam sesi latihan dan taktik baru selepas tiga minggu di kelab.
"Beberapa hari ini agak mencabar, dengan sesi latihan serta acara dengan penaja, kami menghabiskan banyak masa bersama."
Anak buah Moyes juga mendapat kejutan dari Diego Maradona yang membuat kunjungan kepada pasukan.
Mata, Adnan Januzaj, David De Gea, Robin van Persie, Javier Hernandez, Alexander Buttner dan Rio Ferdinand semua sempat bergambar dengan bekas pemain lagenda itu.
Buttner telah dikritik setelah mengambil gambarnya di sebelah pantai tetapi Mata menegaskan bahawa pasukannya telah bekerja keras.
"Kelab ini berpendapat bahawa sesi latihan di luar Manchester adalah baik untuk pasukan, dan kami kini lebih segar untuk menghadapi cabaran pada akhir musim."
"Kami akan kembali ke Manchester dengan lebih yakin untuk mengharungi cabaran dalam Liga Perdana."

Sumber : Foxsportmalaysia

No comments:

Post a Comment

Widget Ping Busuk