Free Islamic App

Saturday 1 February 2014

Kroos tak minat ke Old Trafford



Bintang tengah Jerman, Toni Kroos menolak untuk menyertai Manchester United pada hari terakhir jendela perpindahan ditutup semalam, biarpun mempunyai masalah dengan kelabnya sekarang, Bayern Munich.

Perancang utama berusia 24 tahun itu sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford selepas pengurus United, David Moyes berkunjung ke Jerman bagi membincangkan mengenai usaha membawa masuk Kroos.

Spekulasi semakin bertiup kencang kelmarin apabila Kroos menunjukkan reaksi yang sangat buruk apabila dikeluarkan daripada perlawanan ketika Bayern menentang Stuttgart dan pengurus Bayern, Pep Guardiola mendakwa, pemain itu boleh meninggalkan Allianz Arena.

Bagaimanapun akhbar Britain, Daily Star mendakwa, Kroos memutuskan sekarang bukan masa yang sesuai untuk dia meninggalkan juara Eropah itu dan dia telah memberitahu ejennya, Sascha Breese bahawa dia hanya akan mempertimbangkan sebarang opsyen selepas tamat Piala Dunia di Brazil, Julai nanti.

United sebelum ini bersetuju untuk memenuhi harga yang ditetapkan oleh Bayern iaitu 25 juta pound (RM137.83 juta), namun kini mereka perlu menunggu sekurang-kurangnya sehingga musim panas untuk membuat pembelian.



Artikel Penuh: © Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment

Widget Ping Busuk