Free Islamic App

Friday, 7 February 2014

Pengurus Liverpool Brendan Rodgers berpendapat bahawa Luis Suarez dan Daniel Sturridge mampu pecahkan rekod jaringan gol kelabnya

Liverpool's Luis Suarez and Daniel Sturridge

Pemain antarabangsa Uruguay itu telah menjaringkan 23 gol dalam Liga Perdana BPL musim ini tetapi belum pernah melepasi benteng pertahanan Arsenal, Chelsea atau Manchester City - tiga pasukan di atas Liverpool musim ini.
Enam belas dari jaringan gol beliau adalah di Anfield, pasukan Gunners akan berkunjung pada hari Sabtu ini.
"Saya rasa beliau telah membawa impak; beliau telah menjaringkan gol atas pasukan itu semua musim lepas." kata Rodgers.
"Saya tidak mempunyai masalah kerana beliau sering bekerja keras."
Suarez dan Sturridge telah menjaringkan 37 gol antara mereka dalam 35 penampilan dan ia dijangka mereka akan memecahkan rekod Robbie Fowler (28) dan Stan Collymore (14) pada 1995-1996.
Sasaran mereka adalah 52 yang dicatatkan oleh Roger Hunt (31) dan Ian St John (21) pada 1963-64.
"Saya rasa mereka mampu mengatasi rekod itu tetapi tumpuan saya adalah kepada prestasi pasukan." kata Rodgers.
"Mereka adalah pemain yang berlainan dan saya tidak anggap bahawa gandingan mereka adalah 'partnership'.
"Mereka mempunyai mentaliti jaringan gol yang kuat dan akan ke tempat yang sama tetapi cara mereka tiba agak berlainan.
"Mereka mempunyai kualiti yang berbeza tetapi adalah penyerang yang handal dan saya harap mereka mampu meneruskannya."
Rodgers memerlukan prestasi yang terbaik dari tonggak serangannya jika ingin menjaminkan tempat dalam Liga Juara Juara musim depan.
Pengurus Reds itu sedar bahawa pasukannya hanya beberapa mata di belakang Arsenal dan kemenangan atas pendahulu liga itu akan memberi pasukan Reds peluang yang baik.
"Saya rasa kami perlu mengukuhkan pasukan kami dan membawa masuk lebih pemain yang berkualiti." kata Rodgers.
"Kami harus terus memperkembangan pasukan dan saya rasa kami mampu membuatnya.
"Sasaran kami adalah tempat empat teratas dan kami telah kekal di tempat ini seluruh musim.
"Jika kami menang, kami mempunyai 50 mata, lima mata di belakang Arsenal jadi ia adalah perlawanan yang penting bagi kami.
"Saya rasa kami bermain dengan lebih baik dalam perlawanan yang lebih besar. Tetapi kami tidak bermain dengan baik di Emirates.
"Mungkin ramai yang tidak jangka yang kami akan menunjukkan prestasi seperti ini seluruh musim tetapi perlawanan seperti ini memberi kami peluang untuk membuktikan diri.
"Kami hanya mempunyai 14 perlawanan hingga akhir musim jadi setiap perlawanan amat penting dan setiap pasukan akan lihat pasukan lawan dan sasar tiga mata penuh."
Dalam 10 tahun lepas, mata yang paling rendah Liverpool dapat untuk melayakan diri dalam Liga Juara Juara adalah 60 mata pada 2003-2004 tetapi secara purata ia adalah 68 mata.
Rodgers berkata bahawa beliau sedar akan kenyataan itu dan tahu apa yang perlu dibuat: "Saya mempunyai idea.
"Jika anda lihat tren beberapa musim lepas, anda tahu berapa banyak mata kami memerlukan.
"Bagi kami, ia penting untuk memberi tumpuan kepada perlawanan seterusnya dan untuk tidak memandang terlalu jauh."

Sumber : FoxSportsMalaysia

No comments:

Post a Comment

Widget Ping Busuk