Free Islamic App

Monday, 17 February 2014

Napoli mara selepas belasah Roma

Napoli mara ke perlawanan akhir kedua Coppa Italia apabila bangkit dari kekalahan pertama dengan kemenangan di Stadio San Paolo.

Napoli mara selepas belasah Roma

Juara Piala 2012 itu yang akan bertemu musuh ketat Serie A Fiorentina di Rome pada 3 Mei, kalah 3-2 kepada pasukan Gialorrosi dalam perlawanan pertama minggu lepas.
Penyerang ikonik Diego Maradona mendorong kemenangan Napoli pada tahun 1987 dan telah menyaksikan perlawanan - rakan senegarannya Gonzalo Higuain menggandakan kelebihan gol selepas Jose Callejon membuka tirai.
Jorginho kemudian menjaringkan gol pertamanya untuk kelab Neapolitan itu untuk menjaminkan kemenangan 3-0 atas Roma yang terpaksa menyaksikan pemain midfield Kevin Strootman dibuang padang lewat dalam perlawanan.
Napoli menerima tamparan awal dalam perlawanan apabila bekas penjaga gol Liverpool Jose Reina mengalami kecederaan tetapi pemain yang dipinjamkan dari pasukan Reds itu mampu meneruskan perlawanan.
Pasukan Azurri yang mula mengancam dahulu dengan percubaan Marek Hamsik dari jarak jauh tetapi rembatan kaki kirinya melambung tinggi.
Roma membalas dengan baik dan Strootman tidak bernasib baik apabila rembatannya tersasar hasil tekanan dari Christian Maggio.
Pemain Napoli itu yang mula melancarkan gerakan serangan balas pada minit ke 33 apabila hantaran jauhnya gagal dikawal oleh pemain pertahanan Roma Mehdi Benatia dan Callejon menanduk masuk gol pembukaan lepas Morgan De Sanctis.
Napoli membangkitkan permainan dalam babak kedua dan minit ke 48 menyaksikan Maradona meraikan gol Higuain - yang kedua bagi pasukannya.
Tiga minit kemudian, Napoli mendapat gol ketiga yang menjaminkan tempat dalam perlawanan akhir pada bulan Mei nanti.
Ia adalah gol pertama dari bekas pemain midfield Hellas VErona Jorginho yang melepasi asakan Michel Bastos untuk menyepak masuk bola lepas De Sanctis dalam situasi satu lawan satu untuk gol terakhir perlawanan.

Sumber : Foxsportmalaysia

No comments:

Post a Comment

Widget Ping Busuk