Free Islamic App

Sunday, 9 February 2014

Liverpool belasah pendahulu liga BPL

Liverpool memberi persembahan lima bintang dengan kelebihan empat gol selepas 20 minit untuk menewaskan pendahulu liga BPL Arsenal 5-1 di Anfield.

Liverpool belasah pendahulu liga BPL

Anak buah Brendan Rodgers menjaringkan empat gol tanpa balas dalam 20 minit pertama perlawanan - pasukan tuan rumah itu berjaya menjaminkan tiga mata penuh tanpa jaringan gol oleh penyerang yang disasar Arsene Wenger, Luis Suarez.
Pemain pertahanan Reds Marin Skrtel menjaringkan gol pertama selepas 52 saat sebelum menambah satu lagi sembilan minit kemudian. Suarez pula mencipta gol untuk Raheem Sterling pada minit ke 16 dan Daniel Sturridge menjaringkan gol keempat pada minit ke 20.
Sterling menambah satu lagi gol pada minit ke 52 dan walaupun Mikel Arteta berjaya menyempurnakan penalti lewat dalam babak kedua, rekod lapan perlawanan tanpa kalah Arsenal berakhir juga.
Ramai yang menyoal kemampuan Arsenal untuk mengekalkan prestasi dalam tiga kejohanan musim ini dan kekalahan ini memudaratkan lagi keadaan terutamanya dengan perlawanan dengan Manchester United di Stadium Emirates pada malam Rabu nanti sebelum bertemu Liverpool lagi dalam Piala FA dan Bayern Munich di Liga Juara Juara.
Kemenangan pertama Liverpool di Anfield atas Arsenal sejak bulan Mac 2007 bermakna mereka hanya lima mata di belakang pendahulu liga itu. Ini juga adalah kemenangan ke 11 dalam 13 perlawanan di padang sendiri, rekod terbaik sejak tahun 1987-1988. Jika dapat memberi prestasi yang konsisten, Liverpool mampu merampas tempat lagi baik dari keempat di kedudukan liga terutamanya apabila Manchester City dan Chelsea berkunjung ke Anfield nanti.
Arsenal tiba dengan rekod terbaik di padang lawan tetapi semuanya berakhir dalam seminit.
Per Mertesacker mengasari Suarez di sayap kiri dan tendangan percuma Steven Gerrard disepak masuk oleh Skrtel untuk Gol pembukaan Liverpool.
Pemain pertahanan muda Jon Flanagan hampir-hampir membuat kedudukan 2-0 selepas gerakan serangan di sayap kanan yang dimulakan oleh Jordan Henderson tetapi Skrtel akhirnya muncul dengan gol keduanya dari sepakan penjuru Gerrard dengan tandukan tepat.
Arsenal gagal membalas gerakan serangan Liverpool dan Sterling menjaringkan gol ketiga pasukan apabila Henderson merampas bola dari Mesut Ozil di bahagian tengah padang dan hantaran tepat Suarez disepak masuk oleh Sterling dengan senang.
Sturridge membuat keputusan 4-0 apabila mengawal hantaran tepat Philippe Coutinho sebelum memberi tendangan cip lepas penjaga gol Wojciech Szczesny - kelebihan empat gol selepas hanya 20 minit.
Pasukan pelawat mencipta hanya dua percubaan dari babak pertama dan gagal menghalang Liverpool dari menggandakan kelebihan gol.
Hantaran jauh Toure kepada Sterling dirembat masuk selepas hanya 10 minit dalam babak kedua.
Arsenal mendapat gol saguhati apabila Gerrard mengasari Oxlade-Chamberlain dalam kotak penalti dan Arteta menyempurnakannya untuk membuat keputusan 5-1.

Sumber : FoxSportMalaysia

No comments:

Post a Comment

Widget Ping Busuk