Free Islamic App

Sunday, 2 February 2014

Pahang benam LionsXII, Jalan Besar tidak lagi kebal

Pahang benam LionsXII, Jalan Besar tidak lagi kebal

Turun tanpa diberi sebarang harapan besar selepas kalah dua kali berturut-turut dalam saingan Liga Super, Pahang memilih detik terbaik untuk melakukan kebangkitan semula apabila meleburkan rekod tanpa kalah LionsXII semenjak 18 bulan lalu di Stadium Jalan Besar dengan kemenangan 2-1 pada pusingan kedua Piala FA, semalam.

Dua jaringan melalui pemain tengah, Mohd. Hafiz Kamal (minit ke-51) dan Azidan Sarudin (minit ke-55) membawa Pahang melangkah ke suku akhir.

Mereka akan berdepan pemenang di antara PDRM atau PBAPP FC yang bakal berentap, Selasa ini.

gol tunggal LionsXII disumbangkan kapten, Safuwan Baharudin.

Kali terakhir LionsXII kalah di laman sendiri adalah pada saingan Liga Super musim 2012 di tangan Johor Darul Ta'zim (JDT) dengan keputusan 0-1 dan sejak itu, mereka cukup kebal tiap kali bermain di Jalan Besar.

Namun, rekod itu langsung tidak menggentarkan anak-anak buah Ronald Smith yang menggempur kubu LionsXII tetapi kecemerlangan Izwan Mahbud yang menyelamatkan dua percubaan berbahaya pelawat memastikan rentak permainan seimbang di babak pertama.

Pahang yang masih dihantui kekalahan 0-1 kepada Selangor pada Selasa lalu, membuka jaringan menerusi sepakan percuma menarik yang diambil oleh Hafiz.

Empat minit kemudian, Azidan mengukuhkan kedudukan Tok Gajah menerusi gerakan Matias Conti yang bijak membuka ruang kepada bekas pemain itu untuk melepaskan rembatan mengelirukan Izwan.

LionsXII yang tergamam dengan dua gol pantas Pahang, menggandakan asakan dan merapatkan jurang melalui Safuwan pada minit ke-86 apabila bola sepakan percuma yang diambil singgah mengenai tiang sebelum melantun mengenai kepala penjaga gol Pahang, Khairul Azhan Khalid dan bergolek masuk ke dalam gawang.



Artikel Penuh: © Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment

Widget Ping Busuk