Free Islamic App

Monday, 3 February 2014

Manchester United tenang walaupun tewas dengan Stoke 2-1

Manchester United tenang walaupun tewas dengan Stoke 2-1

Pengurus Manchester United, David Moyes tidak bimbang dengan prestasi pasukannya biarpun tewas buat kali kelapan dalam saingan liga apabila tumpas 2-1 kepada Stoke City di Stadium Britannia, semalam.

Dalam perlawanan tersebut Charlie Adam menjaringkan kedua-dua gol tuan rumah, sebelum dan Robin van Persie menghasilkan gol buat The Red Devils, untuk menghadiahkan skuad The Potters kemenangan pertama dalam liga ke atas United sejak 1984 sekali gus semakin menguncupkan peluang penyandang juara Liga Perdana Inggeris itu untuk layak ke persaingan Liga Juara-juara musim depan.

Ketika ini United berada di tangga ketujuh dengan 40 mata dan akan terus ketinggalan jauh daripada kelompok empat terbaik sekiranya masih gagal mendapatkan mata sepanjang baki 14 perlawanan musim ini.

"Saya fikirkan persembahan pasukan sangat bagus untuk perlawanan tersebut.

"Saya juga fikir kami mampu bermain dengan baik dan saya tidak fikir persoalan tentang persembahan yang buruk adalah betul.

"Kami telah membuat beberapa percubaan untuk mendapatkan jaringan dan pemain beraksi dengan baik.

"Malah kami hanya terlepas gol bukan disebabkan oleh kesilapan yang besar dan saya masih berpendapat pasukan ini adalah yang terbaik.

"Pasukan lawan dapat menjaringkan gol dan kami berjaya menyamakan kedudukan semula mungkin selepas ini kami perlu melakukan lebih baik lagi," kata Moyes.

Dalam perlawanan di Stadium Britannia itu, Stoke terlebih dahulu mendapatkan jaringan pada minit ke-38 menerusi Adam sebelum van Persie menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-47 tetapi tuan rumah hanya memerlukan lima minit kemudian untuk mendapat gol kedua menerusi Adam.

Selepas ini United akan menentang Fulham pada Ahad sebelum berkunjung ke Stadium Emirates untuk pertemuan dengan Arsenal 12 Februari.



Artikel Penuh:  © Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment

Widget Ping Busuk