Free Islamic App

Sunday 9 February 2014

Hazard hatrik untuk Blues

Eden Hazard melengkapkan hatrik untuk pendahulu liga Chelsea dalam kemenangan 3-0 atas Newcastle di Stamford Bridge.

Hazard hatrik untuk Blues

Hazard muncul sebagai wira pasukan Chelsea dalam kemenangan atas pasukan Magpies walaupun bermain tanpa ketua pasukan John Terry untuk kali pertama musim ini.
Hazard menjaringkan gol ke 10 dan 11 dalam liga dalam lapan minit di babak pertama sebelum menyempurnakan penalti dalam babak kedua apabila Samuel Eto'o dikasari pemain gantian Magpies Mapou Yanga-Mbiwa.
Chelsea tewas hanya sekali sejak kekalahan di Newcastle pada bulan November lepas.
Ia jelas bahawa Hazard telah berkembang sebagai pemain yang lebih lengkap di bawah penggendalian Jose Mourinho terutamanya dengan permintaannya untuk memberi tumpuan kepada tanggungjawab defensif.
Chelsea kini mempunyai rekod 73 perlawanan tanpa kalah di Stamford Bridge dan 10 perlawanan tanpa kalah dalam semua kejohanan, termasuk lapan rekod tanpa dibolos.
Pasukan pelawat yang mula perlawanan dengan baik dengan percubaan Moussa Sissoko dan Hatem Ben Arfa yang menguji Petr Cech.
Mathieu Debuchy kelihatan mengalami kecederaan tetapi masih meneruskan perlawanan dan ia menyukarkan tugasnya untuk mengawal Hazard. Beliau akhirnya digantikan oleh Yanga-Mbiwa pada minit ke 40 - selepas penyerang Belgium itu menjaringkan dua gol.
Gol pertama tiba pada minit ke 27 apabila Hazard menggelecek masuk untuk menerima hantaran Branislav Ivanovic sebelum merembat masuk gol.
Newcastle membalas dengan gerakan Sissoko yang melepasi benteng pertahanan Blues tetapi Cech menyelamatkan bola dengan baik.
Willian kemudian memberi bola kepada Hazard yang menepis bola kepada Eto'o sebelum menerima hantaran kembali dan melepaskan rembatan deras untuk gol kedua pasukan lapan minit kemudian.
David Luiz mulakan babak kedua dengan hantaran jauh ke dalam kotak dan penjaga gol Newcastle Tim Krul membuat kesilapan besar tetapi bernasib baik apabila Oscar gagal mengawal bola.
Yanga-Mbiwa kemudian mengasari Eto'o lewat dalam perlawanan dan pengadil Howard Webb menghadiahkan penalti kepada Chelsea.
Hazard menyempurnakannya dengan senang untuk melengkapkan hatrik. Mourinho kemudian menggantikan masuk pemain baru Mohamed Salah untuk penampilan pertamanya sebelum Hazard digantikan oleh Andre Schurrle.

Sumber : FoxSportMalaysia

No comments:

Post a Comment

Widget Ping Busuk