Free Islamic App

Monday, 10 February 2014

Dortmund belasah Bremen dengan lima gol

Borussia Dortmund mengejar pasukan kedua Bundesliga, Bayer Leverkusen, dengan membelasah Werder Bremen 5-1.

Dortmund's Armenian midfielder Henrikh Mkhitaryan celebrates scoring

Robert Lewandowski menjaringkan gol pembukaan selepas 26 minit dan Henrikh Mkhitaryan menjaringkan gol kedua sebelum masa rehat.
Pemain pertahanan Manuel Friedrich menjaringkan gol ketiga awal dalam babak kedua dan Mkhitaryan menambah satu lagi beberapa minit keduian sebelum Lewandowski menjaminkan kemenangan dan gol terakhir pasukannya.
Bremen mendapat gol saguhati hasil percubaan Levent Aycicek. Ludovic Obraniak membuat penampilan pertama untuk Bremen tetapi tidak mendapat banyak peluang untuk mengawal bola.
Marcel Schmelzer merampas bola dari Eljero Elia pada minit ke 26 dan memberinya kepada Lewandowski.
Penyerang Poland itu menggelecek masuk dalam kotak sebelum menjaringkan gol ke 12 musim ini - ia adalah gol pertama Lewandowski dalam lima perlawanan.
Mkhitaryan kemudian menjaringkan gol pertamanya dalam lapan perlawanan selepas menggelecek lepas beberapa pemain pertahanan Bremen.
Bremen dibolos beberapa minit selepas masa rehat apabila pemain pertahanan Philipp Bargfrede gagal mengawal hantaran Marco Reus dan Friedrich tiba untuk menanduk gol pertamanya untuk Dortmund.
Mkhitaryan dan Reus kemudian berganding untuk gol keempat Dortmund dan pemain Armenia itu menyempurnakan 'backheel' Reus dengan baik.
Pemain gantian Martin Kobylanski cuba membangkitkan prestasi Bremen tetapi percubaannya dari luar kotak diselamatkan oleh penjaga gol Roman Weidenfeller.
Lewandowski kemudian mengakhiri saingan apabila menggelecek lepas penjaga gol Raphael Wolf lima minit sebelum masa tamat.
Pemain gantian Aycicek, 18 tahun, akhirnya muncul dengan gol saguhati dalam penampilan pertamanya untuk Bremen.

Sumber: FoxSportMalaysia

No comments:

Post a Comment

Widget Ping Busuk