Free Islamic App

Friday, 7 February 2014

Adel Taarabt berpendapat bahawa peluang untuk mewakili AC Milan adalah cabaran terbesar dalam kerjayanya

Taarabt teruja dengan Milan

Pemain midfield yang berasal dari Morocco itu telah berpindah minggu lepas dalam persetujuan pinjaman dari QPR hingga akhir musim dan beliau yakin dapat mengharungi cabaran dengan kelab gergasi Itali di San Siro.
Pemain yang berusia 24 tahun itu telah membuat penampilan di sidang media bersama naib presiden Adriano Galliani.
"Ini adalah peluang besar bagi saya." kata Taarabt.
"Saya telah mewakili beberapa kelab yang besar, tetapi bukan di tahap yang sama dengan Milan.
"Tottenham, QPR, Fulham adalah kelab yang baik tetapi tidak sehandal atau profesional seperti Milan.
"Ini adalah cabaran terbesar dalam kerjaya saya dan saya tidak sabar untuk membuktikan kemampuan di padang."
Taarabt dipinjamkan ke Fulham untuk satu musim dari QPR musim lepas dan telah membuat 16 penampilan untuk pasukan Cottagers
"Saya harap ini adalah babak baru bagi saya." tambah Taarabt.
"Milan telah memberi saya peluang dan saya ingin membuat yang terbaik demi kerjaya yang panjang di sini.
"Kelab ini telah meningkatkan lagi keyakinan saya dan saya harap saya dapat membuktikan nilai saya kepada mereka."
Persetujuan ditandatangani Taarabt mempunyai syarat yang membenarkan Milan untuk menandatanganinya untuk jangka masa panjang.
Galliani berharap yang Taarabt, pemain keempat yang ditandatanganinya pada musim perpindahan, mampu membantu kelab barunya.
"Saya telah lama menganggap Taarabt sebagai pemain yang handal." katanya.
"Saya tidak faham mengapa beliau tidak diberi peluang untuk membuktikan diri.
"Saya harap beliau dapat memenuhi potensi dengan jersi kami."

Sumber: FoxSportMalaysia

No comments:

Post a Comment

Widget Ping Busuk