Free Islamic App

Sunday 9 February 2014

2 gol Rangel pastikan Selangor kembali terajui carta Liga Super

Paulo Rangel memastikan Selangor kembali ke anak tangga teratas carta Liga Super, memintas Sarawak, apabila menjaringkan dua gol untuk memastikan pasukannya menang 2-1 ke atas Sime Darby di Stadium Selayang, semalam.

Namun, Red Giants bermula dengan agak goyah apabila Mohd. Failee Muhd. Ghazli memberikan gol pendahuluan buat Sime Darby pada minit pertama selepas menerima hantaran lintang di sebelah kiri daripada Farderin Kadir.

Selangor yang bagaikan lambat panas akhirnya bangkit dengan gol penyamaan pada minit ke-40 apabila Rangel mudah menyepak masuk bola ke dalam gawang selepas pertahanan Sime Darby, Mohd. Fairuz Abdul Aziz gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.

Percaturan jurulatih Selangor, Mehmet Durakovic memasukkan Abdul Hadi Yahya dan Andik Vermansah pada minit ke-75 berjaya menukar tempo permainan Red Giants.

Melalui umpanan menarik Hadi dari sebelah kanan, Rangel menanduk kencang untuk menewaskan Kamarul Effandi Abdul Rahim pada minit ke-84 untuk gol kelima peribadinya dalam saingan Liga Super musim ini.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, meskipun dihimpit kontroversi dalam perlawanan pusingan kedua Piala FA menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos Sabtu lalu, namun tidak sesekali menggugat rentak permainan T-Team apabila mereka seri 2-2 dengan ATM.

2 gol Rangel pastikan Selangor kembali terajui carta Liga Super

Pasukan dipimpin Mohd. Azraai Khor Abdullah itu membuka tirai jaringan menerusi bekas pemain Perak, Azlan Ismail pada minit ke-15.

Pelawat yang bekerja keras untuk mengikat kedudukan akhirnya mendapat hasil pada minit ke-38 melalui rembatan kencang Nor Fazly Alias sebelum pemain import Bruno Marteloto meletakkan ATM di depan dengan jaringan pada minit ke-59.

Bagaimanapun, maruah T-Team terselamat di depan penyokong sendiri apabila Khairan Ezuan memastikan mereka berkongsi mata apabila berjaya membolosi gawang gol pada penghujung perlawanan.

Di Stadium Perak, Ipoh, Khairul Asyraf Sahizah muncul wira tuan rumah selepas menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-79 untuk Bos Gaurus menewaskan Kelantan 2-1.

Sebelum itu, Perak mendahului pada minit ke-13 hasil jaringan Shukri Hamid namun pemain import pelawat, Mohamed Shawky mengikat kedudukan melalui gol pada minit 55.

Sementara itu di Stadium Jalan Besar, menyaksikan Lions XII terus tercari-cari rentak kemenangan di gelanggang sendiri apabila hanya mampu seri tanpa jaringan menentang Terengganu. Sabtu lalu mereka tersingkir daripada kempen Piala FA selepas tewas 1-2 kepada Pahang.


Artikel Penuh:  © Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment

Widget Ping Busuk