Free Islamic App

Monday, 10 February 2014

Juve di puncak Serie A

Juve di puncak Serie A

Juventus mencatatkan kelebihan sembilan mata di puncak Serie A selepas kemenangan 3-1 atas Inter Milan.Stephan Lichtsteiner membuka tirai dengan rembatan jarak jauh hasil hantaran tepat Andrea Pirlo sebelum Giorgio Chiellini menambah satu gol lagi selepas masa rehat.
Arturo Vidal muncul dengan gol ketiga Juve sebelum pemain pertahanan Inter Rolando menjaringkan gol saguhati lewat dalam perlawanan.
Inter, juara treble 2010, menang hanya sekali dalam 10 perlawanan terakhir dan kini di tempat keenam di tangga kedudukan di belakang Hellas Verona.
Dalam perlawanan awal, tiga kesilapan dalam benteng pertahanan meberi Atalanta kemenangan 3-0 atas Napoli di Stadio Atleti Azzurri d'Italia.
Pemain Jerman Denis menjaringkan dua gol sebelum rakan sepasukan Maxi Moralez menjaringkan gol lewat dalam perlawanan untuk memberi kekalahan kelima pasukan pelawat dari lapan perlawanan di stadium itu.
Apa yang membimbangkan adalah kesilapan Jose Reina, Gokhan Inler dan Federico Fernandez yang menghadiahkan ATalanta dengan gol mereka.
Pertembungan antara Roma dan Parma pula terpaksa ditangguhkan selepas lapan minit akibat hujan lebat.
Keita Balde muncul sebagai wira dalam kemenangan 2-0 Lazio atas Chievo. Bekas pemain muda Barcelona itu menjaringkan gol awal dalam babak kedua selepas gol pembukaan Antonio Candreva.
Alberto Malesani, yang mengambil alih sebagai ketua jurulatih Sassuolo, menyaksikan pasukan barunya tewas 2-1 kepada Hellas Verona di Stadio Citta del Tricolore.

Sumber : FoxsportMalaysia

No comments:

Post a Comment

Widget Ping Busuk