Insiden terbaru di yang berlaku ketika perlawanan di antara Johor Darul Takzim I menentang T-Team di Larkin amat serius sehingga menyebabkan perlawanan terpaksa ditangguhkan akibat pasukan pelawat enggan meneruskan perlawanan pada separuh masa kedua atas faktor keselamatan. Sebelum insiden, JDT sedang mendahului 2-1 hasil jaringan Luciano Figueroa pada minit ke-16 dan 21 sementara jaringan The Titans pula dihadiahkan oleh kapten pasukan, Mohd. Marzuki Yusof pada minit ke-27.
Lagi mengejutkan bila insiden ini dikatakan melibatkan salah laku yang cukup serius oleh salah seorang pegawai tertinggi Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ). Pelbagai spekulasi dan dakwaan berlegar di media cetak dan media eletronik mengatakan akan insiden melibatkan serangan fizikal berlaku.
Melalui satu rakaman dari Astro Arena, umum mengetahui perkara ini bermula dari pertengkaran di antara jurulatih JDT, Cesar Ferrando Jimenez dan instruktor kecergasan T-Team, Stefano Impagliazzo, yang seterusnya melibatkan beberapa pemain import kedua-dua pasukan akan tetapi ramai tidak pasti apakah punca sebenar yang menyebabkan pertengkaran ini?
Menurut laporan akhbar New Strait Times, difahamkan pertengkaran tersebut berkisarkan tentang insiden bola terkena tangan pemain JDT I, Amri Yahyah semasa permainan berlansung. Namun kesahihan mengenai punca sebenar pertengkaran ini belum dapat dipastikan.
Tapi yang menjadi persoalan, jika benar dakwaan dari pihak pengurusan T-Team yang ada pegawai dan pemain mereka dipukul oleh 'pegawai tertinggi PBNJ', apakah punca yang , menyebabkan 'pegawai tertinggi PBNJ' bertindak sebegitu agresif?
Buat pengetahuan, setakat artikel ini ditulis, diberitakan 4 laporan polis telah dibuat di Kuala Terengganu berkaitan insiden ini, satu daripada pihak pengurusan T-Team, satu daripada pemain import Evaldo Cncalves yang didakwa telah ditumbuk oleh "Pegawai Atasan PBNJ', satu laporan daripada instruktor kecergasan T-Team, Stefano Impagliazzo yang mendakwa disepak oleh individu yang lain yang berada di tempat kejadian.
Manakala dua laporan lagi dibuat oleh seorang lagi pemain import T-Team iaitu Fabio Flor yang difahamkan melalui gambar laporannya yang tersebar di media social mendakwa di ugut dan di ancam keselamatannya oleh 'pegawai tertinggi PBNJ', dan satu laporan lagi dilakukan oleh pihak pengurusan pasukan T-Team yang mana laporan polis inilah yang akan dipanjangkan kepada pihak FAM.
Untuk status perlawanan, jawantankuasa FAM akan bersidang pada hari Khamis (6 Februari 2014) ini, dan mesej dari Menteri Belia dan Sukan, Khariy Jamaluddin yang mahu perkara ini disiasat dengan telus tanpa ada unsur berat sebelah di laman twitter beliau wajar diambil berat oleh pihak FAM.
Akhir kata - siapakah yang perlu bertanggungjawab demi meningkatkan lagi tahap profesionalisme Liga Super Malaysia?
Sumber : foxmy
No comments:
Post a Comment