Free Islamic App

Saturday 15 February 2014

Gerrard puas dengan gelaran 'dark horse'

Steven Gerrard

Pasukan Reds meneruskan prestasi yang mengagumkan tahun 2014 ini selepas menewaskan Arsenal 5-1 dengan kemenangan atas Fulham.
Walaupun pasukan tuan rumah mendahului perlawanan dua kali di Craven Cottage, Gerrard menyempurnakan penalti dalam minit terakhir untuk mencatatkan kemenangan 3-2 dan Liverpool kini hanya empat mata belakang pendahulu liga Chelsea.
"Dengan Arsenal, kami membuktikan kualiti kami." kata Gerrard kepada laman rasmi Liverpool.
"Kami menunjukkan bahawa kami mempunyai pemain yang berbakat di seluruh padang; di padang sendiri dengan para penyokong kami, ia tidak susah untuk memberangsangkan pasukan - anda hanya perlu bermain dengan cara biasa dan selalunya anda akan bermain dengan baik.
"Tetapi pada malam Rabu itu, dengan cuaca yang mencabar, bermain di Fulham, ia adalah perlawanan yang agak sukar.
"Kami lulus dari ujian itu tetapi harus belajar dari kesilapan kami dan bertahan dengan lebih baik di padang lawan jika ingin kekal dalam tempat empat teratas.
"Kami masih memberi saingan yang sengit. Tetapi ia masih awal lagi dan masih banyak perlawanan sebelum musim berakhir. Tetapi kami telah menunjukkan prestasi baik. Kami rasa kami adalah 'dark horse' dalam kejuaraan ini.
"Kami akan cuba meneruskan rentak kemenangan. Kami mempunyai kelebihan kerana tidak bermain di persada Eropah, kami hanya perlu memberi tumpuan kepada liga dan Piala FA."
Anak buah Brendan Rodgers akan bertemu Swansea di Anfield nanti sebelum berkunjung ke London dengan Arsenal dalam kejohanan Piala FA.
Gerrard sedar akan ancaman dari pasukan Gunners dan berkata: "Pasukan yang berkualiti, apabila dibelasah 5-1, mereka akan bangkit."
"Mereka telah seri tanpa gol dengan Manchester United jadi mereka telah menunjukkan bahawa mereka telah bertahan dengan baik.
"Kami rasa pertemuan kami di Emirates tidak akan terjejas dengan kemenangan 5-1 kami. Perlawanan nanti dijangka agak sukar."

Sumber : Foxsportmalaysia

No comments:

Post a Comment

Widget Ping Busuk