Pengurus Arsenal, Arsene Wenger berpeluang membuatkan Jose Mourinho menelan semula kata-katanya apabila Gunners berkunjung ke Stamford Bridge.
Tiada cara yang lebih baik buat Wenger untuk meraikan perlawanan ke-1,000 beliau mengendalikan Arsenal selain mencatatkan kemenangan, sekali gus mencalarkan rekod bersih Chelsea yang belum pernah kalah di tempat sendiri musim ini.
Peluang Chelsea untuk menjuarai liga sedikit terjejas apabila tewas 1-0 kepada Aston Villa dan kemenangan Liverpool, Arsenal serta Manchester City merancakkan lagi persaingan dengan jurang mata yang semakin mengecil antara keempat-empat pasukan itu.
Skuad kendalian Mourinho masih mendahului dengan kelebihan empat mata ke atas Arsenal dan Liverpool tetapi sudah beraksi lebih satu perlawanan. Mereka juga berada enam mata di hadapan City, namun The Citizens mempunyai tiga perlawanan dalam tangan.
City akan melayani kunjungan kelab tercorot, Fulham sementara Liverpool dijangka meraih kemenangan kali keenam berturut-turut apabila bertemu Cardiff City yang kini bergelut di zon penyisihan.
Wenger melabelkan komen yang diberikan Mourinho sebagai "bodoh" dan "tidak menghormati orang lain" apabila memperlecehkan pengurus dari Perancis itu kerana gagal meraih sebarang trofi sejak lapan musim lalu.
"Adakah saya terlalu takut kepada kegagalan? Dia (Wenger) adalah seorang pakar dalam kegagalan, bukan saya. Sekiranya sesiapa mengatakan dia betul dan saya takutkan kegagalan, itu adalah kerana saya tidak banyak gagal, " kata Mourinho.
Wenger telah menyemarakkan perang mulut antara mereka apabila beliau mempersoalkan tujuan Mourinho yang berkata Chelsea adalah "seekor kuda kecil" dalam perlumbaan memburu kejuaraan dengan Manchester City merupakan seekor "harimau kumbang".
Arsenal kelihatan merosot dalam persaingan selepas kalah berturut-turut di tempat lawan, tetapi kemenangan 1-0 ke atas satu lagi pasukan di utara London, Tottenham Hotspur pada minggu lalu mengembalikan mereka ke dalam pertarungan untuk memburu kejuaraan pertama sejak 2004 - tahun yang mana Mourinho tiba di London dan menggelar dirinya sebagai Yang Teristimewa.
Kemenangan di Stamford Bridge akan meletakkan Arsenal hanya satu mata dari puncak carta liga dengan satu perlawanan dalam tangan, yang merupakan satu pencapaian bagus memandangkan mereka tidak dapat menggunakan khidmat beberapa pemain utama seperti Jack Wilshere, Aaron Ramsey, Theo Walcott dan Mesut Ozil yang cedera.
Pemain tengah dari Republik Czech, Tomas Rosicky, yang menjadi wira Arsenal apabila menjaringkan gol menarik ketika bertemu Spurs tidak merasakan kemenangan ke atas Chelsea adalah anak kunci kepada peluang pasukannya.
"Memang satu perlawanan yang cukup penting ketika berdepan Chelsea namun masih banyak lagi perlawanan selepas ini, jadi kita tidak tahu apa akan terjadi.
"Dalam dua perlawanan sahaja lihatlah bagaimana segalanya telah berubah dengan cepat, jika sebelum ini ramai memperkatakan Chelsea dan Manchester City sahaja namun sekarang Liverpool secara tiba-tiba berada dalam persaingan," katanya.
Sumber -Foxsportmalaysia
Free Islamic App
Tuesday, 25 March 2014
Monday, 24 March 2014
Vidal ingin bermain dengan Alexis
Pemain tengah Juventus, Arturo Vidal mendedahkan impian beraksi bersama pemain Barcelona, Alexis Sanchez dalam satu pasukan pada masa akan datang.
Difahamkan, Sanchez menggesa rakan sepasukannya dalam skuad antarabangsa Chile itu untuk menyertai Barcelona selepas Vidal hangat dikatakan akan meninggalkan Juventus pada musim depan.
Vidal turut menegaskan bahawa dia dan Sanchez merupakan kawan baik dan mengakui lebih berminat untuk beraksi bersama dengan Juventus berbanding The Catalan.
"Saya tidak mempunyai masalah dengan Sanchez. Kami saling mengenali sejak kecil lagi kerana kami pernah beraksi bersama pada peringkat bawah 20 tahun Chile, Colo Colo (kelab Chile) dan persahabatan yang akrab.
"Sudah tentu saya mahu beraksi bersama seseorang yang mana saya boleh berkongsi sesuatu tetapi mungkin dia (Sanchez) boleh bermain di sini (Juventus).
"Perkara seperti ini akan mengambil masa untuk diuruskan," katanya.
Pemain berusia 26 tahun itu turut menepis dakwaan mengatakannya akan menyertai pasukan lain, sebaliknya mengakui sedang menumpukan sepenuh perhatian terhadap tanggungjawabnya bersama Juventus.
"Saya cuba tidak memikirkan terlalu banyak spekulasi, jika tidak saya akan menjadi marah. Lebih baik saya tumpukan kepada latihan dan bersedia untuk perlawanan seterusnya.
"Ia satu perkara baik apabila nama kamu dikaitkan dengan Real, Barca atau United. Saya akan berikan yang terbaik buat Juventus," ujar Vidal.
Sumber : Foxsportmalaysia
Difahamkan, Sanchez menggesa rakan sepasukannya dalam skuad antarabangsa Chile itu untuk menyertai Barcelona selepas Vidal hangat dikatakan akan meninggalkan Juventus pada musim depan.
Vidal turut menegaskan bahawa dia dan Sanchez merupakan kawan baik dan mengakui lebih berminat untuk beraksi bersama dengan Juventus berbanding The Catalan.
"Saya tidak mempunyai masalah dengan Sanchez. Kami saling mengenali sejak kecil lagi kerana kami pernah beraksi bersama pada peringkat bawah 20 tahun Chile, Colo Colo (kelab Chile) dan persahabatan yang akrab.
"Sudah tentu saya mahu beraksi bersama seseorang yang mana saya boleh berkongsi sesuatu tetapi mungkin dia (Sanchez) boleh bermain di sini (Juventus).
"Perkara seperti ini akan mengambil masa untuk diuruskan," katanya.
Pemain berusia 26 tahun itu turut menepis dakwaan mengatakannya akan menyertai pasukan lain, sebaliknya mengakui sedang menumpukan sepenuh perhatian terhadap tanggungjawabnya bersama Juventus.
"Saya cuba tidak memikirkan terlalu banyak spekulasi, jika tidak saya akan menjadi marah. Lebih baik saya tumpukan kepada latihan dan bersedia untuk perlawanan seterusnya.
"Ia satu perkara baik apabila nama kamu dikaitkan dengan Real, Barca atau United. Saya akan berikan yang terbaik buat Juventus," ujar Vidal.
Sumber : Foxsportmalaysia
Sunday, 23 March 2014
Keputusan dan kedudukan carta terkini EPL 2013/2014 ( English Barclays Premier League)
MATCHES
Kedudukan Liga Super Malaysia 23/3/2013
MATCHES
Keputusan Liga Super 22/3/2014
7:45 malam FT: LionsXII 2-1 PKNS (Zulfahmi Arifin 43', Faris Ramli 59' - Nazmi Faiz 30')
8:45 malam FT: Pahang 3-1 Sarawak (Dickson Nwakaeme 30', Damion Stewart 60', Hafiz Kamal 70' - Rashid Aya 90')
FT: Selangor 1-0 Kelantan (pen. Paulo Rangel 22')
FT: Johor Darul Ta'zim 1-1 ATM (Safee Sali 86' - Riduwan Maon 40')
FT: T-Team 1-1 Perak (Ramzul Zahini 82' - R. Mugenthirran 79')
FT: Sime Darby 3-2 Terengganu (Nazrul Kamaruzaman 6', Fazrul Hazli 45+2', Farid Ramli 50' - Ismail Faruqi 23', Norfarhan Muhammad 70')
See more at: Ligamalaysia2013
Saturday, 22 March 2014
Mourinho yakin dengan potensi Chelsea
Jurulatih Chelsea, Jose Mourinho mula mendabik dada selepas pasukannya mara ke pusingan suku akhir Liga Juara-Juara.
Mourinho berkata, anak-anak buahnya tidak gentar untuk berdepan kelab-kelab gergasi Eropah selepas menyingkirkan Galatasaray dengan agregat 3-1.
Pada aksi kedua pusingan kalah mati di Stamford Bridge semalam, Chelsea tidak berdepan masalah untuk mencatat kemenangan 2-0 hasil jaringan Samuel Eto'o dan Gary Chill masing-masing pada minit keempat dan 42.
Kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada aksi pertama di Turk Telekom Arena, 26 Februari lalu.
Kejayaan tersebut tidak menggambarkan Chelsea sebagai satu kuasa besar tetapi berdasarkan kedudukan semasa selaku pendahulu Liga Perdana England, skuad The Blues dijangka sudah bersedia untuk berdepan beberapa kelab gergasi Eropah seperti Bayern Munich, Barcelona, Real Madrid dan Paris Saint Germain yang sudah melayakkan diri ke suku akhir Liga Juara-Juara.
Bertemu salah sebuah pasukan besar itu dianggap sebagai ujian utama buat pemain-pemain muda Chelsea tetapi Mourinho yakin mereka akan mencapai potensi yang terbaik.
Mourinho turut yakin anak-anak buahnya sudah bersedia untuk menghadapi cabaran tersebut dan mampu menyingkirkan salah sebuah kelab gergasi Eropah itu.
"Kesemua pasukan besar berada di sini (suku akhir), kesemua pasukan ini dianggap sebagai pilihan untuk memenangi pertandingan ini.
"Kami sudah bersedia untuk berdepan mereka. Sangat baik untuk evolusi kami sebagai sebuah pasukan sekiranya kami bertemu salah sebuah pasukan tersebut.
"Kami tidak sabar untuk menentang mana-mana pasukan sebaik keputusan undian (Liga Juara-Juara) diumumkan nanti," katanya.
Mourinho dari Portugal pernah menjulang trofi Liga Juara-Juara di Porto dan Inter Milan.
Ketika ditanya adakah beliau teruja untuk menjadikan Chelsea sebagai sebuah pasukan yang digeruni di Eropah, Mourinho lebih berminat untuk memuji persembahan anak-anak buahnya pada aksi menentang Galatasaray.
"Saya tidak pernah tewas di suku akhir? Saya tidak pernah memikirkannya. Saya sedar, saya menghadapi banyak perlawanan dalam kempen Liga Juara-Juara.
"Ia adalah satu persembahan yang baik. Kami sangat solid dan kompak tanpa ada sebarang rasa takut.
"Kami lebih banyak menguasai permainan. Kami memperoleh peluang terbaik dan mungkin keputusan menjadi sangat besar kerana kami lebih baik berbanding Galatasaray," katanya.
Sumber : Foxsportmalaysia
Friday, 21 March 2014
Liga Juara Juara: Analisis pasukan
Kami memberi analisis lapan pasukan yang akan bersaing untuk melayakkan diri ke perlawanan peringkat akhir UCL di Lisbon pada 24 Mei nanti.
Sumber : Foxsportmalaysia
Atletico Madrid
Keputusan terbaik: Naib Juara (1974)
Pemain bintang: Diego Costa
Analisis: Harapan mereka untuk merangkul kejohanan La Liga mungkin semakin menipis tetapi 22 jaringan gol oleh Diego Costa telah memberi pasukan Madrid ini antara detik terbaik dalam sejarah mereka termasuk kemenangan agregat 5-1 atas AC Milan.
Barcelona
Keputusan terbaik: Juara (1992, 2006, 2009, 2011)
Pemain bintang: Lionel Messi
Analisis: Prestasi Barca yang mengecewakan dalam La Liga juga bermakna yang besar kemungkinan juara bertahan La Liga ini tidak dapat mengulangi pencapaian tahun lepas. Walaubagaimanapun persada Eropah ini akan memberi mereka semangat terutamanya selepas kemenangan 4-1 atas Manchester City.
Bayern Munich
Keputusan terbaik: Juara (1974, 1975, 1976, 2001, 2013)
Pemain bintang: Franck Ribery
Analisis: Pep Guardiola sasar Piala Eropah dengan kelab keduanya dan Bayern, yang masih mengekalkan rekod tanpa kalah dalam Bundesliga untuk hampir-hampir dua musim, telah belasah semua pasukan lawan dalam peringkat kumpulan.
Borussia Dortmund
Keputusan terbaik: Juara (1997)
Pemain bintang: Robert Lewandowski
Analisis: Naib juara tahun lepas kini 23 mata di belakang musuh ketat mereka dalam Bundesliga dan tewas kepada Zenit St Petersburg dalam perlawanan UCL terakhir tetapi masih mara dengan kelebihan agregat. Lewandowski telah digantung perlawanan akibat mengutip kad kuning tetapi pengurus Jurgen Klopp masih mampu membangkitkan prestasi pasukan dengan pemain gantian lain.
Chelsea
Keputusan terbaik: Juara (2012)
Pemain bintang: Eden Hazard
Analisis: Chelsea mengalami kekalahan yang mengejutkan dalam Liga Perdana England kepada Aston Villa dalam perlawanan terakhir tetapi rekod pengurus Jose Mourinho amat mengagumkan dan beliau dijangka akan memberi saingan sengit demi merangkul trofi itu untuk kali ketiga.
Manchester United
Keputusan terbaik: Juara (1968, 1999, 2008)
Pemain bintang: Robin van Persie
Analisis: David Moyes telah mengharungi musim yang amat mencabar tetapi beliau telah berjaya memecahkan satu lagi rekod, kini yang positif, apabila bangkit dari kekalahan 2-0 dalam perlawanan pertama - kali pertama sejak Bryan Robson mengetuai pasukan.
Paris Saint-Germain
Keputusan terbaik: Suku akhir (1995)
Pemain bintang: Zlatan Ibrahimovic
Analisis: Ibrahimovic akan berusaha sedaya upaya dalam UCL setelah pasukan negaranya gagal melayakkan diri ke Piala Dunia tahun ini. Pasukan termahal dunia ini telah menewaskan Bayer Leverkusen dengan agregat 6-1 dalam perlawanna UCL terakhir.
Real Madrid
Keputusan terbaik: Juara (1956, 1957, 1959, 1960, 1966, 1998, 2000, 2002)
Pemain bintang: Cristiano Ronaldo
Analisis: Selepas terpaksa menunggu 12 tahun, ini adalah peluang terbaik untuk Real Madrid melengkapkan la decima, yaitu trofi ke sepuluh mereka dalam kejohanan ini. Ronaldo juga hanya kurang dua gol untuk memecahkan rekod Lionel Messi dalam Liga Juara Juara ini selepas menyumbat empat gol dalam kemenangan agregat 9-2 atas Schalke.
Sumber : Foxsportmalaysia
Thursday, 20 March 2014
RVP mengekalkan harapan United dalam UCL
Robin van Persie mencatatkan hatrik dalam kemenangan 3-0 Manchester United atas Olympiakos dan menjaminkan tempat dalam suku akhir Liga Juara Juara.
Van Persie telah membuka tirai hasil tendangan penalti dan satu lagu gol sebelum masa rehat sebelum melengkapkan hatrik dengan tendangan percuma dalam babak kedua - walaubagaimanapun penyerang bintang itu terpaksa diusung keluar lewat dalam perlawanan.Kali terakhir pasukan Red Devils mengatasi kelebihan dua gol oleh pihak lawan dalam perlawanan pertama adalah 30 tahun lalu apabila Bryan Robson mendorong kemenangan 3-0 atas pasukan Barcelona yang dibintangi Diego Maradona.Kali ini United meletakkan harapan kepada satu lagi pemain ikonik - Ryan Giggs - untuk memberi inspirasi.Keputusan Moyes untuk meletakkan pemain yang berusia 40 tahun itu di tengah padang mendatangkan hasil dan Giggs telah mainkan peranan penting dalam kemenangan pasukan Red Devils.Antara pemain lain menyerlah adalah Antonio Valencia yang meneruskan sumbangan baik walaupun mengalami kecederaan kepada matanya yang bengkak akibat asakan Joel Campbell.
Giggs membuktikan bahawa beliau masih mempunyai kemampuan untuk mempengaruhi perlawanan apabila memberi hantaran jarak jauh yang cantik kepada Van Persie, Jose Holebas menjatuhkan pemain Belanda itu dan pengadil terus memberi tendangan penalti.Van Persie menyempurnakan gol pada minit ke 25 - detik yang sama yang Robson menjaringkan gol pembukaan United dalam pertemuan dengan Barcelona pada tahun 1984 - petanda baik bagi penyokong United.United melancarkan serangan bertubi-tubi atas gawang penjaga gol Olympiakos Roberto tetapi pasukan pelawat itu membalas dengan usaha Perez dan David Fuster yang diselamatkan dengan baik untuk David De Gea.Van Persie menjaringkan gol kedua dalam masa tambahan babak pertama apabila Wayne Rooney menerima hantaran Giggs dan penyerang England itu memberi hantaran tepat yang disepak masuk Van Persie.Lima minit selepas masa rehat, United mendapat gol ketiga apabila United diberi sepakan percuma - Danny Welbeck dikasari Manolas. Van Persie mengambil sepakan percuma di luar kotak penalti itu dan melepaskan rembatan kencang yang gagal diselamatkan Roberto - gol kemenangan United.
Sumber : Foxsportmalaysia
Wednesday, 19 March 2014
Chelsea mara ke suku akhir UCL
Penyerang kesayangan Chelsea Didier Drogba kembali ke Stamford Bridge tetapi gagal menghalang kemenangan 2-0 atas pasukan barunya Galatasaray.
Jose Mourinho telah memberi amaran bahawa perlawanan kedua ini selepas seri 1-1 di Turki amat merbahaya tetapi pasukannya membuka tirai seawal minit keempat sebelum mencatatkan kemenangan agregat 3-1.Drogba, yang telah menjaringkan 157 gol dalam 341 penampilan dalam lapan tahun untuk pasukan Blues termasuk jaringan gol terakhir yang mendapatkan Chelsea Piala Eropah 2012, gagal mengancam.Samuel Eto'o yang muncul dengan gol pembukaan hasil gerakan serangan yang dimulakan Eden Hazard sebelum Gary Cahill menambah satu lagi gol sebelum masa rehat untuk memberi Chelsea kelebihan besar.
Besar kemungkinan juga yang Chelsea akan kekal sebagai satu-satunya wakil England dalam Liga Juara Juara selepas Manchester United dan Tottenham menghadapi cabaran besar untuk mengatasi kelebihan dua gol pasukan lawan.Kedua-dua pasukan itu akan bertemu Olympiakos dan Benfica pada malam ini.Kini Mourinho akan memberi tumpuan kepada perlawanan Liga Perdana England dengan Arsenal di mana Chelsea sasar kemenangan selepas tewas di Aston Villa dalam perlawanan ke 1000 bagi Arsene Wenger menggendalikan pasukan Gunners.Mourinho telah merangkul kejohanan Liga Juara Juara dua kali tetapi belum di Chelsea.
Drogba diterima dengan baik oleh para penyokong tuan rumah dan telah dihadiahkan kasut perak sebagai penghargaan atas sumbangannya kepada Chelsea.Eto'o pernah menang Liga Juara Juara dengan Barcelona dan Inter Milan di bawah penggendalian Mourinho.Satu lagi pemain Inter yang telah bersama Mourinho adalah Wesley Sneijder yang kini bermain untuk Gala, kehadiran beliau sering mengancam benteng pertahanan pasukan Blues.
Sumber: Foxsportmalaysia
Tuesday, 18 March 2014
Rooney: Kekalahan umpama mimpi ngeri
Bintang penyerang Manchester United, Wayne Rooney menyifatkan kekalahan 0-3 pasukannya kepada Liverpool umpama mimpi ngeri dan antara hari terburuk dalam kerjayanya.
United bergelut dengan masalah prestasi di bawah bimbingan pengurus baharu, David Moyes dan terbaharu, The Red Devils dimalukan oleh musuh tradisi, Liverpool di Old Trafford kelmarin.
Dalam perlawanan itu, Steven Gerrard menjaringkan dua gol menerusi sepakan penalti, manakala satu lagi jaringan pasukan pelawat disumbangkan oleh penyerang Uruguay, Luis Suarez.
Kemenangan tersebut membolehkan Liverpool melonjak ke tangga kedua dan merapatkan jurang mata kepada empat di belakang pendahulu Liga Perdana, Chelsea.
Menurut Rooney, tindakan pengadil melayangkan kad merah kepada kapten United, Nemanja Vidic membuatkan pasukannya tertekan, selain mengakui ia merupakan perlawanan paling buruk buat tuan rumah.
"Ia ibarat mimpi ngeri.
"Ini adalah salah satu hari terburuk yang pernah saya lalui dalam bola sepak.
"Anda perlu memberi kredit kepada Liverpool kerana mereka bermain dengan baik. Tiada siapa yang mahukan kekalahan, terutama dengan cara begini di stadium kami sendiri," kata Rooney.
Ini adalah kekalahan kesembilan United dalam persaingan Liga Perdana musim ini, malah ia merupakan kekalahan kelima mereka di depan penyokong sendiri.
Kekalahan tersebut meletakkan penyandang juara itu berada dalam kedudukan bahaya gagal untuk melayakkan diri ke Liga Juara-juara buat kali pertama.
Sumber : FoxsportMalaysia
United bergelut dengan masalah prestasi di bawah bimbingan pengurus baharu, David Moyes dan terbaharu, The Red Devils dimalukan oleh musuh tradisi, Liverpool di Old Trafford kelmarin.
Dalam perlawanan itu, Steven Gerrard menjaringkan dua gol menerusi sepakan penalti, manakala satu lagi jaringan pasukan pelawat disumbangkan oleh penyerang Uruguay, Luis Suarez.
Kemenangan tersebut membolehkan Liverpool melonjak ke tangga kedua dan merapatkan jurang mata kepada empat di belakang pendahulu Liga Perdana, Chelsea.
Menurut Rooney, tindakan pengadil melayangkan kad merah kepada kapten United, Nemanja Vidic membuatkan pasukannya tertekan, selain mengakui ia merupakan perlawanan paling buruk buat tuan rumah.
"Ia ibarat mimpi ngeri.
"Ini adalah salah satu hari terburuk yang pernah saya lalui dalam bola sepak.
"Anda perlu memberi kredit kepada Liverpool kerana mereka bermain dengan baik. Tiada siapa yang mahukan kekalahan, terutama dengan cara begini di stadium kami sendiri," kata Rooney.
Ini adalah kekalahan kesembilan United dalam persaingan Liga Perdana musim ini, malah ia merupakan kekalahan kelima mereka di depan penyokong sendiri.
Kekalahan tersebut meletakkan penyandang juara itu berada dalam kedudukan bahaya gagal untuk melayakkan diri ke Liga Juara-juara buat kali pertama.
Sumber : FoxsportMalaysia
Monday, 17 March 2014
Harimau Muda A berpesta gol
Harimau Muda A terus mempamerkan aksi cemerlang apabila mencatatkan kemenangan selesa 5-2 ke atas Redlands United dalam perlawanan kedua Liga Perdana Kebangsaan (NPL) Queensland di Cleveland, Australia semalam.
Walaupun ketinggalan seawal minit ke-15, menerusi jaringan Rhys Meredith anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee tidak panik dan menyamakan kedudukan menerusi Mohd. Amirul Hisyam Awang Kechik hanya tiga minit kemudian.
Wan Ahmad Amirzafran Wan Nadris meletakkan pasukan negara di hadapan pada minit ke-25 namun Redlands hanya memerlukan 10 minit untuk menyamakan semula kedudukan menerusi sepakan penalti Graham Fyfe.
Skuad kendalian Kim Swee meneruskan rentak cemerlang apabila Mohd. Ferris Danial Mat Nasir menjaringkan gol ketiga pada minit ke-79 sebelum pasukan lawan terpaksa beraksi dengan sepuluh pemain apabila James Donnelly dibuang padang dua minit kemudian.
Jaringan keempat Harimau Muda hadir menerusi sepakan penalti D. Saarvindran pada minit ke-82 sebelum Mohd. Ridzuan Abdunloh menjaringkan gol kelima ketika perlawanan berbaki seminit.
Kim Swee ketika dihubungi Utusan Malaysia memberitahu, pasukannya mempamerkan corak permainan yang lebih kemas berbanding perlawanan sebelumnya, selain berjaya menyempurnakan peluang-peluang yang dihasilkan dengan baik.
Meskipun berjaya menjaringkan lapan gol dalam dua perlawanan pertama namun beliau masih tidak berpuas hati kerana pada masa sama pasukannya dibolosi lima gol, setelah sebelum ini seri 3-3 dengan Moreton Bay United dalam perlawanan pertama.
Pada separuh masa pertama kami terikat 2-2 tetapi pada separuh masa kedua berjaya mencari tiga gol menerusi corak permainan pantas yang dipamerkan selain berjaya mengawal rentak permainan bagi memastikan kemenangan.
Saya masih tidak berpuas hati kerana dalam dua perlawanan ini kami sudah dibolosi dengan lima gol. Jumlah ini sangat besar dan tidak boleh berlaku lagi kerana adalah mustahil untuk setiap perlawanan pemain dapat menjaringkan gol yang banyak.
Selepas ini saya akan lakukan sedikit perubahan di beberapa posisi bagi bagi memantapkan pasukan selain memberi peluang kepada para pemain yang belum beraksi," katanya.
Artikel Penuh:
© Utusan Melayu (M) Bhd
Saturday, 15 March 2014
The Red Warriors benam cabaran South China
Kelantan berjaya meraih tiga mata penuh pertama dalam persaingan Piala AFC selepas membenam wakil Hong Kong, South China 2-0 di Stadium Sultan Muhammad IV malam tadi.
Beraksi di hadapan hanya kira- kira 5,000 penyokong setia, perlawanan di awal babak pertama bagaimanapun berlangsung hambar tanpa ada serangan bahaya yang mampu mengugat benteng pertahanan kedua- dua pasukan.
Percaturan berani Steve Darby merehatkan tiga tonggak utama iaitu ketua pasukan, Mohd. Badhri Radzi, Mohamad Shawky Yazid dan Mohamad Ghaddar pada babak pertama juga telah menyaksikan bahagian tengah dan serangan The Red Warriors gagal berfungsi.
Namun selepas 30 minit perlawanan Kelantan mula menguasai permainan dengan mengatur beberapa serangan terutamanya melalui penyerang mereka, Francis Forkey Doe.
Pada minit ke-32, Kelantan memperoleh peluang keemasan, namun rembatan deras Forkey Doe di dalam kotak penalti melepasi palang gol pasukan pelawat.
South China juga gagal menggunakan kepincangan Kelantan apabila gagal mencipta peluang-peluang dalam usaha menghasilkan gol.
Pada babak kedua, pasukan pelawat tiba-tiba tampil dengan aksi lebih garang apabila hampir memperolehi gol pertama pada minit ke-49 namun sepakan Lee Chi Ho dalam keadaan kelam kabut di kawasan kotak penalti Kelantan bagaimanapun terkena palang.
Kelantan mula memperkemas rentak permainan dan kembali mengatur gerakan sehingga hampir memperoleh gol pendahuluan namun rembatan kencang Wan Zaharul Nizam dari dalam kotak penalti pada minit ke-53 sedikit tersasar di sebelah kanan gawang South China.
Kelantan akhirnya memasukkan Mohd. Badhri, Mohammad Shawky dan Mohamad Ghadar masing-masing mengantikan Muhammad Nazri Ahmad, Khairul Izwan Rosli serta Tengku Hasbullah Raja Hassan.
Kemasukkan tiga tonggak itu jelas memberi kesan apabila tuan rumah berjaya memecah kebuntuan, setelah pemain sayap mereka, Wan Zaharul meledakkan gol pembukaan pada minit ke-71.
Kelantan terus garang dan berjaya meledak gol kedua menerusi penyerang sensasi mereka, Mohamad Ghadar memperdayakan penjaga gol pelawat, Yapp Hung Fai selepas mendapat hantaran cantik Mohd. Badhri pada minit ke-83.
Artikel Penuh:
© Utusan Melayu (M) Bhd
Subscribe to:
Posts (Atom)