Free Islamic App

Wednesday, 19 February 2014

Mata: United kini lebih segar

Juan Mata mendedahkan bahawa sesi latihan di Dubai penting untuk beliau menyesuaikan diri dengan pasukan Manchester United.

Mata: United kini lebih segar

Moyes telah membuat keputusan untuk mengadakan sesi latihan cuaca panas di Dubai selepas pasukan seri 0-0 dengan Arsenal minggu lepas.
Walaupun telah menunjukkan prestasi baik dalam penampilan pertamanya untuk Manchester United, Mata berpendapat bahawa beliau masih memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan baik.
"Masa rehat seperti ini membenarkan pasukan untuk menjadi lebih kukuh dan memberi kami masa untuk rehat seketika sebelum meneruskan jadual yang padat." kata pemain Sepanyol itu di laman rasminya.
"Bagi saya, saya dapat cuba menyesuaikan diri dengan lebih baik dengan pasukan dan untuk meningkatkan lagi usaha dalam sesi latihan dan taktik baru selepas tiga minggu di kelab.
"Beberapa hari ini agak mencabar, dengan sesi latihan serta acara dengan penaja, kami menghabiskan banyak masa bersama."
Anak buah Moyes juga mendapat kejutan dari Diego Maradona yang membuat kunjungan kepada pasukan.
Mata, Adnan Januzaj, David De Gea, Robin van Persie, Javier Hernandez, Alexander Buttner dan Rio Ferdinand semua sempat bergambar dengan bekas pemain lagenda itu.
Buttner telah dikritik setelah mengambil gambarnya di sebelah pantai tetapi Mata menegaskan bahawa pasukannya telah bekerja keras.
"Kelab ini berpendapat bahawa sesi latihan di luar Manchester adalah baik untuk pasukan, dan kami kini lebih segar untuk menghadapi cabaran pada akhir musim."
"Kami akan kembali ke Manchester dengan lebih yakin untuk mengharungi cabaran dalam Liga Perdana."

Sumber : Foxsportmalaysia

Tuesday, 18 February 2014

Harimau Muda A tetap sertai NPL

Harimau Muda A tetap sertai NPL

Skuad Harimau Muda A akan tetap beraksi dalam Liga Perdana Kebangsaan (NPL) Queensland bulan depan meskipun sebuah akhbar Australia mendakwa penyertaan pasukan itu akan membuka pintu kepada gejala rasuah dan mengatur perlawanan dengan penglibatan sindiket pertaruhan dari Asia.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin menyifatkan tuduhan yang dikeluarkan akhabar Brisbane Times itu lebih menjurus kepada persepsi media semata-mata dan tidak mewakili pandangan Persekutuan Bola Sepak Australia (FFA).

"Saya menafikan tuduhan liar yang dilakukan ini kerana lebih kepada persepsi media sahaja. Apa yang penting sekarang ini pasukan Harimau Muda A ke sana untuk mencari pengalaman.

"Tiada apa yang perlu kita risau dan saya juga sedang berusaha mendapatkan penjelasan daripada FFA berhubung perkara yang dibangkitkan ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan, pakar antarabangsa terhadap gejala mengatur perlawanan, Declan Hill, yang merupakan penulis buku The Fix and The Insider’s Guide to Match Fixing mendakwa di dalam akhbar itu, penyertaan Harimau Muda A dilihat akan membuka pintu kepada gejala tidak sihat itu.

Menurut Hill, ini berdasarkan kepada kemungkinan Harimau Muda boleh meraih mata daripada perlawanan liga tetapi tidak dibenarkan beraksi dalam perlawanan akhir, mungkin memberi risiko akan kehadiran sindiket untuk cuba mempengaruhi keputusan perlawanan.

Berdasarkan artikel yang ditulis oleh Cameron Atfield di dalam akhbar berkenaan, kemungkinan itu tetap ada berdasarkan pengakuan penjaga gol Geylang United dalam saingan Liga Singapura 2012, Yazid Yasin yang pernah didekati oleh pihak sindiket agar melepaskan gol ketika bertemu Harimau Muda A.

Sementara itu, pengendali Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee berkata, pihaknya tidak begitu risau dengan perkara itu kerana pasukan itu memiliki matlamat yang jelas untuk mencari pengalaman.

Bagaimanapun katanya, mesej yang disampaikan itu merupakan peringatan kepada pegawai dan para pemain agar mereka tidak terlibat dengan gejala itu kerana mereka juga tahu kesan yang bakal dihadapi.

"Kami tidak perlu ambil kisah sangat tentang tuduhan itu kerana itu merupakan pendapat penulis dan tidak mewakili pandangan FFA," katanya.

Harimau Muda akan berangkat ke Australia pada 28 Februari ini tanpa kehadiran Kim Swee yang terlibat dengan pasukan Harimau Malaya bagi menghadapi Yemen dalam kelayakan Piala Asia 2015.



Artikel Penuh: © Utusan Melayu (M) Bhd 

Monday, 17 February 2014

Napoli mara selepas belasah Roma

Napoli mara ke perlawanan akhir kedua Coppa Italia apabila bangkit dari kekalahan pertama dengan kemenangan di Stadio San Paolo.

Napoli mara selepas belasah Roma

Juara Piala 2012 itu yang akan bertemu musuh ketat Serie A Fiorentina di Rome pada 3 Mei, kalah 3-2 kepada pasukan Gialorrosi dalam perlawanan pertama minggu lepas.
Penyerang ikonik Diego Maradona mendorong kemenangan Napoli pada tahun 1987 dan telah menyaksikan perlawanan - rakan senegarannya Gonzalo Higuain menggandakan kelebihan gol selepas Jose Callejon membuka tirai.
Jorginho kemudian menjaringkan gol pertamanya untuk kelab Neapolitan itu untuk menjaminkan kemenangan 3-0 atas Roma yang terpaksa menyaksikan pemain midfield Kevin Strootman dibuang padang lewat dalam perlawanan.
Napoli menerima tamparan awal dalam perlawanan apabila bekas penjaga gol Liverpool Jose Reina mengalami kecederaan tetapi pemain yang dipinjamkan dari pasukan Reds itu mampu meneruskan perlawanan.
Pasukan Azurri yang mula mengancam dahulu dengan percubaan Marek Hamsik dari jarak jauh tetapi rembatan kaki kirinya melambung tinggi.
Roma membalas dengan baik dan Strootman tidak bernasib baik apabila rembatannya tersasar hasil tekanan dari Christian Maggio.
Pemain Napoli itu yang mula melancarkan gerakan serangan balas pada minit ke 33 apabila hantaran jauhnya gagal dikawal oleh pemain pertahanan Roma Mehdi Benatia dan Callejon menanduk masuk gol pembukaan lepas Morgan De Sanctis.
Napoli membangkitkan permainan dalam babak kedua dan minit ke 48 menyaksikan Maradona meraikan gol Higuain - yang kedua bagi pasukannya.
Tiga minit kemudian, Napoli mendapat gol ketiga yang menjaminkan tempat dalam perlawanan akhir pada bulan Mei nanti.
Ia adalah gol pertama dari bekas pemain midfield Hellas VErona Jorginho yang melepasi asakan Michel Bastos untuk menyepak masuk bola lepas De Sanctis dalam situasi satu lawan satu untuk gol terakhir perlawanan.

Sumber : Foxsportmalaysia

Sunday, 16 February 2014

Cleverly: United perlu menang semua

Tom Cleverly mengakui bahawa Manchester United perlu menang semua perlawanan hingga akhir musim jika ingin mengekalkan harapan untuk mempertahankan mahkota.

Cleverly: United perlu menang semua

Keputusan seri tanpa gol dengan Arsenal dalam perlawanan terakhir masih memuaskan memandangkan pasukan Gunners itu tewas hanya sekali di padang sendiri musim ini, tetapi United kini agak jauh dari pendahulu liga serta tempat kelayakan Liga Juara Juara.
Kali terakhir United gagal melayakkan diri ke Liga Juara Juara adalah pada tahun 1995.
Cleverly berpendapat bahawa pasukan Red Devils perlu menang semua perlawanan mereka hingga akhir musim, termasuk pertemuan dengan Liverpool, Manchester City dan Everton.
"Kami harus menang semua perlawanan selepas ini." kata Cleverly.
"Gol kemenangan Liverpool pada minit terakhir amat mengecewakan bagi kami. Keputusan itu bermakna kami harus cuba menang semua perlawanan kami.
"Kami telah membuktikan semangat pasukan kami tetapi tidak bernasib baik, dan kini harus fokus dan cuba sedaya upaya dengan kemenangan atas Crystal Palace dalam 10 hari."
Walaupun Moyes belum mengakuinya, harapan United untuk merangkul trofi Liga Perdana musim ini agak tipis. Ramai yang berpendapat bahawa peluang mereka adalah 450-1.
Matlamat kedua agak jelas bagi juara bertahan itu - yaitu untuk melayakan diri ke Liga Juara Juara dengan mengakhiri musim di tempat empat teratas.
Anak buah Moyes kini 11 mata di belakang Liverpool dengan 12 perlawanan lagi.
Cleverly berpendapat bahawa United mampu mengulangi prestasi apabila United tewas hanya dua perlawanan dalam 15 perlawanan terakhir musim lepas.
"Kami akan melalui latihan dalam cuaca panas selepas ini, dan ia akan memberi peluang kepada kami untuk memupuk semangat pasukan." kata Cleverly lagi.
"Tahun lepas ia mendatangkan hasil dan kami berharap ia dapat diulangi tahun ini."

Sumber : FoxSportMalaysia

Hambar di Selayang

Hambar di Selayang

Ketiadaan Mohd. Nazmi Faiz Mansor dan Patrick Ronaldinho Wleh menyebabkan PKNS gagal mengutip mata penuh apabila sekadar seri tanpa jaringan dengan Sime Darby dalam perlawanan Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, semalam.

Pengendali PKNS, Wan Jamak Wan Hassan mengakui, dua pemain tersebut mampu memberi impak yang sangat besar buat PKNS dan ketiadaan mereka amat dirasai.

"Nazmi digantung satu perlawanan, manakala Patrick Ronaldinho mengalami kecederaan ketika menentang Kelantan," kata Wan Jamak.

Pada perlawanan semalam, Sime Darby dilihat lebih banyak mencipta peluang untuk menghasilkan gol, terutama pada separuh masa pertama.

Peluang terbaik Sime Darby hadir pada minit ke-14 menerusi gerakan solo pemain import dari Syria, Muhmoud Al Amna dalam kotak penalti PKNS namun rembatannya menyebabkan bola melayang tinggi sebelum gerakan rakan sepasukan Wisdom Agblexo gagal memanfaatkan peluang diraih pada minit ke-38.

Selepas ini PKNS dijadual menentang Perak pada 8 Mac ini manakala Sime Darby akan menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) pada hari yang sama.

Sementara itu dalam perlawanan Liga Perdana, jaringan hatrik Ali Ashfaq membantu PDRM membelasah pasukan tangga tercorot, Perlis 7-1 di Stadium Petaling Jaya semalam, sekali gus mengukuhkan cengkaman selaku pendahulu.

Pemain Maldives itu meledak gol pada minit ke-15, 51 dan 85 dalam perlawanan yang jelas berat sebelah.

Seorang lagi pemain import PDRM, Charles Souza Chad dari Brazil menambah dua gol pada minit ke-49 (penalti) dan 65.

Bobby Gonzales dan Khairul Izuan Abdullah masing-masing menjaringkan satu gol, manakala jaringan saguhati Perlis dihasilkan pemain dari Ivory Coast, Dao Bakary pada minit ke-55.

Sementara itu, JDT II bangkit daripada kekalahan mengejut 2-3 kepada DRB-Hicom minggu lalu dengan menumpaskan wakil Pulau Pinang, PBAPP 1-0 di Stadium Pasir Gudang. Gol tunggal tuan rumah disempurnakan oleh See Kok Luen pada minit ke-67.

Di Stadium Darul Aman, Alor Setar,Kedah tumbang 0-1 kepada Negeri Sembilan.

Di Stadium Hang Jebat, SPA Putrajaya kalah besar 0-4 kepada Felda United, manakala di Stadium UiTM Shah Alam, Sabah mencatat kemenangan keduanya musim ini dengan menumpaskan tuan rumah, Universiti Teknologi Mara (UiTM) 1-0 dan di Stadium Bandaraya Pulau Pinang menang 2-1 ke atas DRB Hicom.



Artikel Penuh: © Utusan Melayu (M) Bhd 

Terry tidak akan mewakili England

Pengurus England Roy Hodgson telah menyatakan bahawa John Terry tidak akan mewakili England dalam kempen Piala Dunia nanti.

Terry tidak akan mewakili England

Ramai yang minta untuk Terry kembali dari persaraan di persada antarabangsa untuk mewakili England sekali lagi dalam kempen Piala Dunia nanti selepas musim yang baik dengan Chelsea.
Walaubagaimanapun Hodgson menyatakan bahawa beliau tidak akan membuat begitu.
Hodgson berkata: "John telah bersara dan saya tidak akan ubah situasinya.
"Kami telah bermain dengan baik tanpa beliau dalam perlawanan kelayakan dan beberapa perlawanan persahabatan jadi saya rasa kami mampu meneruskan prestasi kami tanpa beliau."
Terry telah menikmati permainan yang baik di bawah penggendalian Jose Mourinho selepas bekas pengurusnya kembali ke Chelsea.
Pemain pertahanan yang berusia 33 tahun itu mempunyai daya komunikasi yang baik dengan Gary Cahill dan persefahaman mereka telah mendorong kejayaan pasukan Chelsea dalam liga.
Penjaring gol kedua terbanyak England Gary Lineker telah meluahkan sokongannya untuk Terry kembali di akaun Twitternya dan berkata: "Saya yakin Rod Hodgson pasti ingin mengembalikan John Terry. Persefahaman yang mengagumkan dengan (Gary) Cahill. Pilihan terbaik setakat ini."
Tetapi Hodgson menjelaskan: "Pada saya, persaraan itu adalah keputusan terakhirnya."
"Anda perlu menghormati keputusan itu."
"Apabila ada pemain yang bersara, kami akan menyesuaikan diri.
"Kami telah menyesuaikan diri dengan baik dalam perlawanan kelayakan pertama apabila John Terry cedera dan terpaksa digantikan, dan sejak masa itu kami telah memberi peluang kepada beberapa pemain yang baik dan kami akan meneruskan proses ini."
Terry telah bersara dari persada antarabangsa pada bulan September 2012 dan menyatakan bahawa persatuan bola sepak menyukarkan tanggungjawabnya sebagai ketua pasukan England dalam insiden rasis yang melibatkannya.
Persatuan bola sepak telah menggantung Terry selama empat perlawanan akibat dalam kes perkauman dengan adik Rio Ferdinand, Anton.

Sumber :foxSport Malaysia

Saturday, 15 February 2014

Gerrard puas dengan gelaran 'dark horse'

Steven Gerrard

Pasukan Reds meneruskan prestasi yang mengagumkan tahun 2014 ini selepas menewaskan Arsenal 5-1 dengan kemenangan atas Fulham.
Walaupun pasukan tuan rumah mendahului perlawanan dua kali di Craven Cottage, Gerrard menyempurnakan penalti dalam minit terakhir untuk mencatatkan kemenangan 3-2 dan Liverpool kini hanya empat mata belakang pendahulu liga Chelsea.
"Dengan Arsenal, kami membuktikan kualiti kami." kata Gerrard kepada laman rasmi Liverpool.
"Kami menunjukkan bahawa kami mempunyai pemain yang berbakat di seluruh padang; di padang sendiri dengan para penyokong kami, ia tidak susah untuk memberangsangkan pasukan - anda hanya perlu bermain dengan cara biasa dan selalunya anda akan bermain dengan baik.
"Tetapi pada malam Rabu itu, dengan cuaca yang mencabar, bermain di Fulham, ia adalah perlawanan yang agak sukar.
"Kami lulus dari ujian itu tetapi harus belajar dari kesilapan kami dan bertahan dengan lebih baik di padang lawan jika ingin kekal dalam tempat empat teratas.
"Kami masih memberi saingan yang sengit. Tetapi ia masih awal lagi dan masih banyak perlawanan sebelum musim berakhir. Tetapi kami telah menunjukkan prestasi baik. Kami rasa kami adalah 'dark horse' dalam kejuaraan ini.
"Kami akan cuba meneruskan rentak kemenangan. Kami mempunyai kelebihan kerana tidak bermain di persada Eropah, kami hanya perlu memberi tumpuan kepada liga dan Piala FA."
Anak buah Brendan Rodgers akan bertemu Swansea di Anfield nanti sebelum berkunjung ke London dengan Arsenal dalam kejohanan Piala FA.
Gerrard sedar akan ancaman dari pasukan Gunners dan berkata: "Pasukan yang berkualiti, apabila dibelasah 5-1, mereka akan bangkit."
"Mereka telah seri tanpa gol dengan Manchester United jadi mereka telah menunjukkan bahawa mereka telah bertahan dengan baik.
"Kami rasa pertemuan kami di Emirates tidak akan terjejas dengan kemenangan 5-1 kami. Perlawanan nanti dijangka agak sukar."

Sumber : Foxsportmalaysia

Tuesday, 11 February 2014

Rahsia Pahang dalam 'kocek' Dollah

Rahsia Pahang dalam 'kocek' Dollah

Bagaikan pertemuan jejak kasih buat Dollah Salleh malam ini apabila skuad kendaliannya, PDRM akan melayani kunjungan bekas pasukannya yang dibimbing musim lalu, Pahang dalam saingan suku akhir Piala FA di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Enggan lagi menceritakan kisah silam bersama Pahang, Dollah berdepan misi paling sukar semenjak bertindak pengendali pasukan 'Sang Saka Biru' tetapi segala rahsia pemain Tok Gajah ada dalam kepalanya dan dia sudah mempunyai taktikal tersendiri bagi berdepan bekas anak-anak buahnya.

Mahu mendapatkan seberapa banyak jaringan bagi mencipta bekalan selesa pada pertemuan timbal balik kedua di Kuantan, 18 Januari nanti, Dollah mengharapkan persembahan paling baik akan ditampilkan oleh PDRM berbanding apa yang mereka lakukan semasa bersaing di Liga Perdana.

''Memang tidak dinafikan setiap pemain Pahang saya cukup kenal dengan kekuatan serta kelemahan masing-masing namun itu tidak memberikan sebarang kelegaan memandangkan mereka semua adalah pemain yang baik.

''Pahang semenjak di bawah kendalian Ronald Smith, saya lihat mereka begitu mantap di semua bahagian dan kehadiran Dickson Nwakaeme serta Zesh Rahman, menguatkan lagi pasukan mereka.

''Memang ini ujian paling berat buat saya semenjak mengambil alih PDRM tetapi jika para pemain memberikan fokus dan memberikan 200 peratus, tidak mustahil Pahang kami mampu kejutkan, " katanya ketika dihubungi, semalam.

PDRM merupakan pendahulu Liga Perdana apabila memenangi tiga perlawanan berturut-turut di samping telah menjaringkan sembilan gol dan dianggap antara pasukan yang mampu mencuri perhatian musim ini dengan kehadiran pemain-pemain berkualiti seperti bintang Maldives, Ashfaq Ali, penyerang import dari Brazil, Charles Souza Chad serta bekas penyerang Sarawak, Bobby Gonzales.

Walaupun begitu, 'Sang Saka Biru' berdepan tugasan berat untuk berdepan Pahang kerana lima pemain mereka masih dihantui masalah kecederaan iaitu Mohd. Muslim Ahmad, Munir Amran, Arman Fareez Mohd. Ali, Mohd. Hazuan Mohd. Daud dan V. Thirumurugan.

Dalam masa sama, Dollah jauh di sudut hatinya mengakui beliau masih belum berpuas hati dengan apa yang diberikan oleh para pemain malahan rekod cemerlang yang dicapai dalam saingan Liga Perdana sebelum ini adalah kerana aksi yang baik ditunjukkan beberapa pemain individu.

''Skuad ini masih tercari-cari lagi rentak untuk bermain sebagai satu pasukan selepas tiga perlawanan kita lalui dan saya mahu mereka buktikan apa yang saya cakap ini silap dengan satu persembahan bertenaga mampu mereka tampilkan.

''Beraksi di Paroi malam esok (malam ini), saya mahu mereka ambil kesempatan kerana dapat bermain di atas padang yang lebih baik dan buktikan siapa mereka sebenarnya, " katanya.



Artikel Penuh:  © Utusan Melayu (M) Bhd 

Monday, 10 February 2014

Juve di puncak Serie A

Juve di puncak Serie A

Juventus mencatatkan kelebihan sembilan mata di puncak Serie A selepas kemenangan 3-1 atas Inter Milan.Stephan Lichtsteiner membuka tirai dengan rembatan jarak jauh hasil hantaran tepat Andrea Pirlo sebelum Giorgio Chiellini menambah satu gol lagi selepas masa rehat.
Arturo Vidal muncul dengan gol ketiga Juve sebelum pemain pertahanan Inter Rolando menjaringkan gol saguhati lewat dalam perlawanan.
Inter, juara treble 2010, menang hanya sekali dalam 10 perlawanan terakhir dan kini di tempat keenam di tangga kedudukan di belakang Hellas Verona.
Dalam perlawanan awal, tiga kesilapan dalam benteng pertahanan meberi Atalanta kemenangan 3-0 atas Napoli di Stadio Atleti Azzurri d'Italia.
Pemain Jerman Denis menjaringkan dua gol sebelum rakan sepasukan Maxi Moralez menjaringkan gol lewat dalam perlawanan untuk memberi kekalahan kelima pasukan pelawat dari lapan perlawanan di stadium itu.
Apa yang membimbangkan adalah kesilapan Jose Reina, Gokhan Inler dan Federico Fernandez yang menghadiahkan ATalanta dengan gol mereka.
Pertembungan antara Roma dan Parma pula terpaksa ditangguhkan selepas lapan minit akibat hujan lebat.
Keita Balde muncul sebagai wira dalam kemenangan 2-0 Lazio atas Chievo. Bekas pemain muda Barcelona itu menjaringkan gol awal dalam babak kedua selepas gol pembukaan Antonio Candreva.
Alberto Malesani, yang mengambil alih sebagai ketua jurulatih Sassuolo, menyaksikan pasukan barunya tewas 2-1 kepada Hellas Verona di Stadio Citta del Tricolore.

Sumber : FoxsportMalaysia

Dortmund belasah Bremen dengan lima gol

Borussia Dortmund mengejar pasukan kedua Bundesliga, Bayer Leverkusen, dengan membelasah Werder Bremen 5-1.

Dortmund's Armenian midfielder Henrikh Mkhitaryan celebrates scoring

Robert Lewandowski menjaringkan gol pembukaan selepas 26 minit dan Henrikh Mkhitaryan menjaringkan gol kedua sebelum masa rehat.
Pemain pertahanan Manuel Friedrich menjaringkan gol ketiga awal dalam babak kedua dan Mkhitaryan menambah satu lagi beberapa minit keduian sebelum Lewandowski menjaminkan kemenangan dan gol terakhir pasukannya.
Bremen mendapat gol saguhati hasil percubaan Levent Aycicek. Ludovic Obraniak membuat penampilan pertama untuk Bremen tetapi tidak mendapat banyak peluang untuk mengawal bola.
Marcel Schmelzer merampas bola dari Eljero Elia pada minit ke 26 dan memberinya kepada Lewandowski.
Penyerang Poland itu menggelecek masuk dalam kotak sebelum menjaringkan gol ke 12 musim ini - ia adalah gol pertama Lewandowski dalam lima perlawanan.
Mkhitaryan kemudian menjaringkan gol pertamanya dalam lapan perlawanan selepas menggelecek lepas beberapa pemain pertahanan Bremen.
Bremen dibolos beberapa minit selepas masa rehat apabila pemain pertahanan Philipp Bargfrede gagal mengawal hantaran Marco Reus dan Friedrich tiba untuk menanduk gol pertamanya untuk Dortmund.
Mkhitaryan dan Reus kemudian berganding untuk gol keempat Dortmund dan pemain Armenia itu menyempurnakan 'backheel' Reus dengan baik.
Pemain gantian Martin Kobylanski cuba membangkitkan prestasi Bremen tetapi percubaannya dari luar kotak diselamatkan oleh penjaga gol Roman Weidenfeller.
Lewandowski kemudian mengakhiri saingan apabila menggelecek lepas penjaga gol Raphael Wolf lima minit sebelum masa tamat.
Pemain gantian Aycicek, 18 tahun, akhirnya muncul dengan gol saguhati dalam penampilan pertamanya untuk Bremen.

Sumber: FoxSportMalaysia

Sunday, 9 February 2014

Hazard hatrik untuk Blues

Eden Hazard melengkapkan hatrik untuk pendahulu liga Chelsea dalam kemenangan 3-0 atas Newcastle di Stamford Bridge.

Hazard hatrik untuk Blues

Hazard muncul sebagai wira pasukan Chelsea dalam kemenangan atas pasukan Magpies walaupun bermain tanpa ketua pasukan John Terry untuk kali pertama musim ini.
Hazard menjaringkan gol ke 10 dan 11 dalam liga dalam lapan minit di babak pertama sebelum menyempurnakan penalti dalam babak kedua apabila Samuel Eto'o dikasari pemain gantian Magpies Mapou Yanga-Mbiwa.
Chelsea tewas hanya sekali sejak kekalahan di Newcastle pada bulan November lepas.
Ia jelas bahawa Hazard telah berkembang sebagai pemain yang lebih lengkap di bawah penggendalian Jose Mourinho terutamanya dengan permintaannya untuk memberi tumpuan kepada tanggungjawab defensif.
Chelsea kini mempunyai rekod 73 perlawanan tanpa kalah di Stamford Bridge dan 10 perlawanan tanpa kalah dalam semua kejohanan, termasuk lapan rekod tanpa dibolos.
Pasukan pelawat yang mula perlawanan dengan baik dengan percubaan Moussa Sissoko dan Hatem Ben Arfa yang menguji Petr Cech.
Mathieu Debuchy kelihatan mengalami kecederaan tetapi masih meneruskan perlawanan dan ia menyukarkan tugasnya untuk mengawal Hazard. Beliau akhirnya digantikan oleh Yanga-Mbiwa pada minit ke 40 - selepas penyerang Belgium itu menjaringkan dua gol.
Gol pertama tiba pada minit ke 27 apabila Hazard menggelecek masuk untuk menerima hantaran Branislav Ivanovic sebelum merembat masuk gol.
Newcastle membalas dengan gerakan Sissoko yang melepasi benteng pertahanan Blues tetapi Cech menyelamatkan bola dengan baik.
Willian kemudian memberi bola kepada Hazard yang menepis bola kepada Eto'o sebelum menerima hantaran kembali dan melepaskan rembatan deras untuk gol kedua pasukan lapan minit kemudian.
David Luiz mulakan babak kedua dengan hantaran jauh ke dalam kotak dan penjaga gol Newcastle Tim Krul membuat kesilapan besar tetapi bernasib baik apabila Oscar gagal mengawal bola.
Yanga-Mbiwa kemudian mengasari Eto'o lewat dalam perlawanan dan pengadil Howard Webb menghadiahkan penalti kepada Chelsea.
Hazard menyempurnakannya dengan senang untuk melengkapkan hatrik. Mourinho kemudian menggantikan masuk pemain baru Mohamed Salah untuk penampilan pertamanya sebelum Hazard digantikan oleh Andre Schurrle.

Sumber : FoxSportMalaysia

Liverpool belasah pendahulu liga BPL

Liverpool memberi persembahan lima bintang dengan kelebihan empat gol selepas 20 minit untuk menewaskan pendahulu liga BPL Arsenal 5-1 di Anfield.

Liverpool belasah pendahulu liga BPL

Anak buah Brendan Rodgers menjaringkan empat gol tanpa balas dalam 20 minit pertama perlawanan - pasukan tuan rumah itu berjaya menjaminkan tiga mata penuh tanpa jaringan gol oleh penyerang yang disasar Arsene Wenger, Luis Suarez.
Pemain pertahanan Reds Marin Skrtel menjaringkan gol pertama selepas 52 saat sebelum menambah satu lagi sembilan minit kemudian. Suarez pula mencipta gol untuk Raheem Sterling pada minit ke 16 dan Daniel Sturridge menjaringkan gol keempat pada minit ke 20.
Sterling menambah satu lagi gol pada minit ke 52 dan walaupun Mikel Arteta berjaya menyempurnakan penalti lewat dalam babak kedua, rekod lapan perlawanan tanpa kalah Arsenal berakhir juga.
Ramai yang menyoal kemampuan Arsenal untuk mengekalkan prestasi dalam tiga kejohanan musim ini dan kekalahan ini memudaratkan lagi keadaan terutamanya dengan perlawanan dengan Manchester United di Stadium Emirates pada malam Rabu nanti sebelum bertemu Liverpool lagi dalam Piala FA dan Bayern Munich di Liga Juara Juara.
Kemenangan pertama Liverpool di Anfield atas Arsenal sejak bulan Mac 2007 bermakna mereka hanya lima mata di belakang pendahulu liga itu. Ini juga adalah kemenangan ke 11 dalam 13 perlawanan di padang sendiri, rekod terbaik sejak tahun 1987-1988. Jika dapat memberi prestasi yang konsisten, Liverpool mampu merampas tempat lagi baik dari keempat di kedudukan liga terutamanya apabila Manchester City dan Chelsea berkunjung ke Anfield nanti.
Arsenal tiba dengan rekod terbaik di padang lawan tetapi semuanya berakhir dalam seminit.
Per Mertesacker mengasari Suarez di sayap kiri dan tendangan percuma Steven Gerrard disepak masuk oleh Skrtel untuk Gol pembukaan Liverpool.
Pemain pertahanan muda Jon Flanagan hampir-hampir membuat kedudukan 2-0 selepas gerakan serangan di sayap kanan yang dimulakan oleh Jordan Henderson tetapi Skrtel akhirnya muncul dengan gol keduanya dari sepakan penjuru Gerrard dengan tandukan tepat.
Arsenal gagal membalas gerakan serangan Liverpool dan Sterling menjaringkan gol ketiga pasukan apabila Henderson merampas bola dari Mesut Ozil di bahagian tengah padang dan hantaran tepat Suarez disepak masuk oleh Sterling dengan senang.
Sturridge membuat keputusan 4-0 apabila mengawal hantaran tepat Philippe Coutinho sebelum memberi tendangan cip lepas penjaga gol Wojciech Szczesny - kelebihan empat gol selepas hanya 20 minit.
Pasukan pelawat mencipta hanya dua percubaan dari babak pertama dan gagal menghalang Liverpool dari menggandakan kelebihan gol.
Hantaran jauh Toure kepada Sterling dirembat masuk selepas hanya 10 minit dalam babak kedua.
Arsenal mendapat gol saguhati apabila Gerrard mengasari Oxlade-Chamberlain dalam kotak penalti dan Arteta menyempurnakannya untuk membuat keputusan 5-1.

Sumber : FoxSportMalaysia

2 gol Rangel pastikan Selangor kembali terajui carta Liga Super

Paulo Rangel memastikan Selangor kembali ke anak tangga teratas carta Liga Super, memintas Sarawak, apabila menjaringkan dua gol untuk memastikan pasukannya menang 2-1 ke atas Sime Darby di Stadium Selayang, semalam.

Namun, Red Giants bermula dengan agak goyah apabila Mohd. Failee Muhd. Ghazli memberikan gol pendahuluan buat Sime Darby pada minit pertama selepas menerima hantaran lintang di sebelah kiri daripada Farderin Kadir.

Selangor yang bagaikan lambat panas akhirnya bangkit dengan gol penyamaan pada minit ke-40 apabila Rangel mudah menyepak masuk bola ke dalam gawang selepas pertahanan Sime Darby, Mohd. Fairuz Abdul Aziz gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.

Percaturan jurulatih Selangor, Mehmet Durakovic memasukkan Abdul Hadi Yahya dan Andik Vermansah pada minit ke-75 berjaya menukar tempo permainan Red Giants.

Melalui umpanan menarik Hadi dari sebelah kanan, Rangel menanduk kencang untuk menewaskan Kamarul Effandi Abdul Rahim pada minit ke-84 untuk gol kelima peribadinya dalam saingan Liga Super musim ini.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, meskipun dihimpit kontroversi dalam perlawanan pusingan kedua Piala FA menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos Sabtu lalu, namun tidak sesekali menggugat rentak permainan T-Team apabila mereka seri 2-2 dengan ATM.

2 gol Rangel pastikan Selangor kembali terajui carta Liga Super

Pasukan dipimpin Mohd. Azraai Khor Abdullah itu membuka tirai jaringan menerusi bekas pemain Perak, Azlan Ismail pada minit ke-15.

Pelawat yang bekerja keras untuk mengikat kedudukan akhirnya mendapat hasil pada minit ke-38 melalui rembatan kencang Nor Fazly Alias sebelum pemain import Bruno Marteloto meletakkan ATM di depan dengan jaringan pada minit ke-59.

Bagaimanapun, maruah T-Team terselamat di depan penyokong sendiri apabila Khairan Ezuan memastikan mereka berkongsi mata apabila berjaya membolosi gawang gol pada penghujung perlawanan.

Di Stadium Perak, Ipoh, Khairul Asyraf Sahizah muncul wira tuan rumah selepas menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-79 untuk Bos Gaurus menewaskan Kelantan 2-1.

Sebelum itu, Perak mendahului pada minit ke-13 hasil jaringan Shukri Hamid namun pemain import pelawat, Mohamed Shawky mengikat kedudukan melalui gol pada minit 55.

Sementara itu di Stadium Jalan Besar, menyaksikan Lions XII terus tercari-cari rentak kemenangan di gelanggang sendiri apabila hanya mampu seri tanpa jaringan menentang Terengganu. Sabtu lalu mereka tersingkir daripada kempen Piala FA selepas tewas 1-2 kepada Pahang.


Artikel Penuh:  © Utusan Melayu (M) Bhd 

Keputusan Terkini Liga Super 9 Februari 2014

Keputusan Terkini Liga Super 9 Februari 2014

T-Team VS ATM 2-2

Perak VS Kelantan 2-1

Sime Darby VS Selangor 1-2

Lions XII VS Terengganu 0-0

PKNS FC VS Sarawak 0-2

Pahang VS Johor JDT 3-2

Keputusan Terkini Liga Perdana 9 Februari 2014

Keputusan Terkini Liga Perdana 9 Februari 2014

Negeri Sembilan Vs Felda United 2-1

JDTII Vs Perlis 1-0

Pulau Pinang Vs Uitm FC 1-0

PDRM VS Sabah 1-0

DRB Hicom VS SPA FC 0-1

Saturday, 8 February 2014

Liverpool VS Arsenal 5-1 Liga Perdana Inggeris 2014

Liverpool VS Arsenal 5-1 Liga Perdana Inggeris 2014





Liverpool VS Arsenal
      5-1

Liverpool : Martin Skrtel(1",10"),Raheem Sterling (16",52"), Daniel Sturridge(20")
Arsenal: Mikel Arteta (69"PG)

Marcelo gembira dengan sokongan

Marcelo of Real Madrid, Diogo Figueiras of Sevilla

Pemain Real Madrid Marcelo menyatakan bahawa beliau tidak akan terjejas oleh sorokan rasis lagi setelah disasar penyokong Atletico Madrid.Pemain Brazil yang berusia 25 tahun itu tidak bermain dalam kemenangan 3-0 Real di perlawanan pertama tetapi disasar para penyokong rasis dalam perlawanan di Bernabeu oleh penyokong Atletico.
Marcelo berkata di akaun Twitter: "Saya ingin berterima kasih kepada para penyokong sendiri setelah memberi saya sokongan padu hari ini.
"Walaupun ini bukan kali pertama ia berlaku, saya yakin kami lebih kuat dan mampu menghadapi ancaman rasis seperti ini. Ia tidak akan menjejas saya ataupun keluarga saya."
Ia telah dilaporkan bahawa para penyokong Atletico membuat 'isyarat monyet' kepadanya dalam stadium selepas perlawanan berakhir dan apabila anak Marcelo berlari untuk memeluknya para penyokong berkata 'Harap bapa anda mati'.

Kagawa kecewa dengan prestasi sendiri

Pemain midfield Shinji Kagawa meluahkan kekecewaannya dengan prestasi sendiri untuk Manchester United musim ini.

Kagawa kecewa dengan prestasi sendiri

United meletakkan harapan tinggi atas pemain Jepun Kagawa apabila menandatanganinya dari Borussia Dortmund dua tahun lalu tetapi beliau gagal mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama.
Kagawa telah menunjukkan potensi baik musim lepas terutamanya selepas mencatatkan hatrik dengan Norwich tetapi beliau masih belum menjaringkan gol musim ini.
Pemain yang berusia 24 tahun itu telah bermain hanya dua perlawanan musim ini.
"Saya masih belum menjaringkan gol musim ini jadi saya amat kecewa." kata Kagawa kepada Sky PerfecTV.
"Ini adalah kali pertama dalam kerjaya saya di mana saya gagal menjaringkan gol."
Kehadiran Juan Mata di Old Trafford juga bermakna Kagawa tidak akan mendapat banyak peluang untuk bermain dalam kesebelasan utama dan tahap keyakinannya semakin merosot.
"Saya meletakkan beban atas diri saya untuk menjaringkan gol dalam setiap perlawanan tetapi ada hari saya rasa yang ia tidak bermakna. Saya harus mengatasinya." kata Kagawa.
"Sebenarnya, jika saya tidak mampu mengatasi cabaran ini, ia menunjukkan bahawa saya belum meningkatkan prestasi permainan saya. Saya harus memberi tumpuan kepada permainan sendiri demi memperbaikinya dalam babak kedua musim ini."
Ia telah dilaporkan bahawa Dortmund ingin Kagawa kembali bulan lepas tetapi pemain midfield itu kekal di Old Trafford.
Sementara itu, ketua pasukan Manchester United Nemanja Vidic masih belum menandatangani kontrak baru dan ia telah dilaporkan bahawa beliau telah menerima beberapa tawaran dari kelab lain.

Sumber: Foxsportmalaysia

Red Ants kena baham Sarawak

Red Ants kena baham Sarawak

Sesudah pasukan abang menjadi mangsa, giliran skuad adik, PKNS pula dibaham oleh Bujang Senang dengan kekalahan 0-2 di Stadium Selayang, malam tadi.

Pemain import dari Serbia, Milorad Janjus menggegar gawang PKNS seawal minit ke-9 sebelum Gabor Gyepes menggandakan kelebihan buat Sarawak, enam minit kemudian.

Namun, pemain yang layak dijulang sebagai wira 'Ngap Sayot' adalah Ronny Harun yang menjadi punca kepada kedua-dua gol dimiliki Sarawak menerusi balingan terus ke dalam kotak penalti.

Kekalahan PKNS itu bermakna momentum kemenangan empat kali berturut-turut Red Ants terencat dengan kekalahan kali pertama di tempat sendiri, sementara Bujang Senang selaku pendatang baru Liga Super meraih kemenangan kedua.

Kekuatan tangan Ronny jelas menjadi duri buat pertahanan PKNS apabila bola yang dibaling hadir tepat di kepala Janjus dan Gyepes yang menanduk mudah ke dalam gawang PKNS yang dikawal Mohd. Zamir Selamat.

Dua gol pantas itu mengejutkan PKNS yang kebuntuan di babak pertama dengan gandingan Patrick Ronaldinho dan Karlo Primorac seperti ketiadaan idea.

Jurulatih Sarawak, Robert Alberts mengakui walaupun skuadnya tidak beraksi dengan baik namun taktikalnya menggunakan kelebihan yang pada Ronny membuahkan hasil.

" Secara keseluruhan, kami tidak bermain bola sepak dengan baik namun saya tidak boleh menyalahkan pemain kerana mereka beraksi dua perlawanan dalam seminggu.

"Walaupun menukar ramai pemain dari perlawanan terakhi, dua gol dalam tempoh 16 minit merealisasikan harapan kami untuk meraih tiga mata," kata Alberts.



Artikel Penuh: © Utusan Melayu (M) Bhd 

Friday, 7 February 2014

Martino: Tempat Barca belum terjamin

Pengurus Barcelona Gerardo Martino berpendapat bahawa pasukannya masih belum menjaminkan tempat dalam pusingan seterusnya di Copa Del Rey.

Martino: Tempat Barca belum terjamin

Barca mencatatkan kelebihan 2-0 atas Real Sociedad tetapi pengurus Martino masih tidak berpuas hati.
Sergio Busquests menjaringkan gol pembukaan sebelum masa rehat dan pemain Real Sociedad Enaut Zubikarai menjaringkan gol sendiri pada minit ke 60.
Martino memberitahu wartawan di sidang media: "Kami tidak menguasai perlawanan dan tidak rasa yang kami mampu menjaminkan kemenangan."
Pasukan Catalan itu mula perlawanan selepas kekalahan mengejutkan 3-2 kepada Valencia tetapi Martino kekal dengan kesebelasan utama yang sama - hanya Jose Pinto yang menggantikan Victor VAldes.
Marino menambah: "Para pemain yang bertemu Valencia harus bermain perlawanan ini, jika tidak saya akan kehilangan pemain yang akan bersama kami musim depan."
Secara keseluruh, bekas pengurus Newell's Old Boys itu masih gembira dan berkata: "Kami menjaringkan dua gol, mungkin kami bernasib baik kerana ia tidak menunjukkan prestasi sebenar kami."
Martino juga berkata bahawa beliau tidak bimbang yang penyerang bintang Lionel Messi gagal menjaringkan gol dan berkata: "Saya tidak bimbang tentang Messi jika beliau tidak menjaringkan gol. Beliau mempunyai tiga peluang keemasan hari ini dan satu darinya diselamatkan penjaga gol - beliau akan menjaringkan gol tidak lama lagi."

Sumber : FoxSportMalaysia


Pengurus Liverpool Brendan Rodgers berpendapat bahawa Luis Suarez dan Daniel Sturridge mampu pecahkan rekod jaringan gol kelabnya

Liverpool's Luis Suarez and Daniel Sturridge

Pemain antarabangsa Uruguay itu telah menjaringkan 23 gol dalam Liga Perdana BPL musim ini tetapi belum pernah melepasi benteng pertahanan Arsenal, Chelsea atau Manchester City - tiga pasukan di atas Liverpool musim ini.
Enam belas dari jaringan gol beliau adalah di Anfield, pasukan Gunners akan berkunjung pada hari Sabtu ini.
"Saya rasa beliau telah membawa impak; beliau telah menjaringkan gol atas pasukan itu semua musim lepas." kata Rodgers.
"Saya tidak mempunyai masalah kerana beliau sering bekerja keras."
Suarez dan Sturridge telah menjaringkan 37 gol antara mereka dalam 35 penampilan dan ia dijangka mereka akan memecahkan rekod Robbie Fowler (28) dan Stan Collymore (14) pada 1995-1996.
Sasaran mereka adalah 52 yang dicatatkan oleh Roger Hunt (31) dan Ian St John (21) pada 1963-64.
"Saya rasa mereka mampu mengatasi rekod itu tetapi tumpuan saya adalah kepada prestasi pasukan." kata Rodgers.
"Mereka adalah pemain yang berlainan dan saya tidak anggap bahawa gandingan mereka adalah 'partnership'.
"Mereka mempunyai mentaliti jaringan gol yang kuat dan akan ke tempat yang sama tetapi cara mereka tiba agak berlainan.
"Mereka mempunyai kualiti yang berbeza tetapi adalah penyerang yang handal dan saya harap mereka mampu meneruskannya."
Rodgers memerlukan prestasi yang terbaik dari tonggak serangannya jika ingin menjaminkan tempat dalam Liga Juara Juara musim depan.
Pengurus Reds itu sedar bahawa pasukannya hanya beberapa mata di belakang Arsenal dan kemenangan atas pendahulu liga itu akan memberi pasukan Reds peluang yang baik.
"Saya rasa kami perlu mengukuhkan pasukan kami dan membawa masuk lebih pemain yang berkualiti." kata Rodgers.
"Kami harus terus memperkembangan pasukan dan saya rasa kami mampu membuatnya.
"Sasaran kami adalah tempat empat teratas dan kami telah kekal di tempat ini seluruh musim.
"Jika kami menang, kami mempunyai 50 mata, lima mata di belakang Arsenal jadi ia adalah perlawanan yang penting bagi kami.
"Saya rasa kami bermain dengan lebih baik dalam perlawanan yang lebih besar. Tetapi kami tidak bermain dengan baik di Emirates.
"Mungkin ramai yang tidak jangka yang kami akan menunjukkan prestasi seperti ini seluruh musim tetapi perlawanan seperti ini memberi kami peluang untuk membuktikan diri.
"Kami hanya mempunyai 14 perlawanan hingga akhir musim jadi setiap perlawanan amat penting dan setiap pasukan akan lihat pasukan lawan dan sasar tiga mata penuh."
Dalam 10 tahun lepas, mata yang paling rendah Liverpool dapat untuk melayakan diri dalam Liga Juara Juara adalah 60 mata pada 2003-2004 tetapi secara purata ia adalah 68 mata.
Rodgers berkata bahawa beliau sedar akan kenyataan itu dan tahu apa yang perlu dibuat: "Saya mempunyai idea.
"Jika anda lihat tren beberapa musim lepas, anda tahu berapa banyak mata kami memerlukan.
"Bagi kami, ia penting untuk memberi tumpuan kepada perlawanan seterusnya dan untuk tidak memandang terlalu jauh."

Sumber : FoxSportsMalaysia

Adel Taarabt berpendapat bahawa peluang untuk mewakili AC Milan adalah cabaran terbesar dalam kerjayanya

Taarabt teruja dengan Milan

Pemain midfield yang berasal dari Morocco itu telah berpindah minggu lepas dalam persetujuan pinjaman dari QPR hingga akhir musim dan beliau yakin dapat mengharungi cabaran dengan kelab gergasi Itali di San Siro.
Pemain yang berusia 24 tahun itu telah membuat penampilan di sidang media bersama naib presiden Adriano Galliani.
"Ini adalah peluang besar bagi saya." kata Taarabt.
"Saya telah mewakili beberapa kelab yang besar, tetapi bukan di tahap yang sama dengan Milan.
"Tottenham, QPR, Fulham adalah kelab yang baik tetapi tidak sehandal atau profesional seperti Milan.
"Ini adalah cabaran terbesar dalam kerjaya saya dan saya tidak sabar untuk membuktikan kemampuan di padang."
Taarabt dipinjamkan ke Fulham untuk satu musim dari QPR musim lepas dan telah membuat 16 penampilan untuk pasukan Cottagers
"Saya harap ini adalah babak baru bagi saya." tambah Taarabt.
"Milan telah memberi saya peluang dan saya ingin membuat yang terbaik demi kerjaya yang panjang di sini.
"Kelab ini telah meningkatkan lagi keyakinan saya dan saya harap saya dapat membuktikan nilai saya kepada mereka."
Persetujuan ditandatangani Taarabt mempunyai syarat yang membenarkan Milan untuk menandatanganinya untuk jangka masa panjang.
Galliani berharap yang Taarabt, pemain keempat yang ditandatanganinya pada musim perpindahan, mampu membantu kelab barunya.
"Saya telah lama menganggap Taarabt sebagai pemain yang handal." katanya.
"Saya tidak faham mengapa beliau tidak diberi peluang untuk membuktikan diri.
"Saya harap beliau dapat memenuhi potensi dengan jersi kami."

Sumber: FoxSportMalaysia

Thursday, 6 February 2014

JDT menang percuma ke atas T-Team

JDT menang percuma ke atas T-Team

Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini memberi kemenangan percuma 3-0 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) ke atas T-Team dalam perlawanan pusingan kedua Piala FA.

Jawatankuasa itu dalam mesyuaratnya membuat ketetapan itu berdasarkan Perkara 4.12.15b peraturan pertandingan Liga Malaysia 2013-2016 kerana kesalahan T-Team yang tidak menghabiskan baki perlawanan pada separuh masa kedua.

Sumber : Utusan

Chelsea menang 1-0 lawan Manchester City

Chelsea menang 1-0 lawan Manchester City

Jurulatih yang terkenal dengan gemar bermain psikologi, Jose Mourinho berkata, Chelsea boleh merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini hanya jika dua pesaing utamanya, Arsenal dan Manchester City mengalami banyak kekalahan.

Terkenal dengan jolokan 'The Special One', Mourinho malah turut mengulas mengenai Liverpool, yang dianggap memiliki kelebihan untuk mencabar gelaran, apatah lagi The Reds merupakan satu-satunya pasukan dalam kelompok empat teratas yang tidak beraksi pada Liga Juara-Juara Eropah.

Mourinho menegaskan, beliau lebih selesa jika Chelsea dianggap sebagai 'kuda hitam' yang mampu memberi saingan kepada pasukan utama, tetapi bukan pasukan pilihan untuk menjulang kejuaraan.

Biarpun ramai yang menganggap kelab London itu sebagai pencabar utama kejuaraan Liga Perdana musim ini, terutama selepas menumbangkan Manchester City 1-0 di Etihad, Isnin lalu, Mourinho sebaliknya menegaskan, status pilihan tidak sesuai dengan The Blues.

"Memang kami boleh.. (merangkul kejuaraan), tetapi kalau mereka (Arsenal dan City) kalah.

"Saya rasa, City adalah sebuah pasukan yang sangat menakjubkan, manakala Arsenal telah berkerja keras sejak beberapa tahun lalu dan sedang melalui satu evolusi baharu.

"Apa yang kami lakukan musim ini telah pun dilakukan oleh Arsenal sejak empat, lima atau enam tahun lalu, jadi sudah tentu mereka adalah pilihan dan bukan Chelsea.

"Liverpool juga sebuah pasukan yang hebat dan mereka cuma beraksi satu perlawanan seminggu kerana tidak perlu bermain dalam Liga Juara-Juara.

"Sebaik kempen Liga Juara-Juara bermula nanti, tiga pasukan utama akan terlibat, tetapi mereka tidak, jadi mereka ada kelebihan di situ," kata Mourinho.

Pengendali kelahiran Portugal itu bagaimanapun mengakui, kemenangan ke atas City telah meningkatkan keyakinan anak-anak buahnya, malah beliau turut memuji bintang baharu pasukan, Nemanja Matic yang berjaya menenggelamkan bintang City, Yaya Toure di bahagian tengah.

"Kami mempersembahkan satu permainan bola sepak yang menarik. Kami beraksi dengan sangat..sangat bagus dan pasukan ini sedang berada di tahap terbaik," katanya lagi.



Artikel Penuh: © Utusan Melayu (M) Bhd 

Havok: Ta'zim dan T-Team bertembung

Havok: Ta'zim dan T-Team bertembung

Insiden terbaru di yang berlaku ketika perlawanan di antara Johor Darul Takzim I menentang T-Team di Larkin amat serius sehingga menyebabkan perlawanan terpaksa ditangguhkan akibat pasukan pelawat enggan meneruskan perlawanan pada separuh masa kedua atas faktor keselamatan. Sebelum insiden, JDT sedang mendahului 2-1 hasil jaringan Luciano Figueroa pada minit ke-16 dan 21 sementara jaringan The Titans pula dihadiahkan oleh kapten pasukan, Mohd. Marzuki Yusof pada minit ke-27.
Lagi mengejutkan bila insiden ini dikatakan melibatkan salah laku yang cukup serius oleh salah seorang pegawai tertinggi Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ). Pelbagai spekulasi dan dakwaan berlegar di media cetak dan media eletronik mengatakan akan insiden melibatkan serangan fizikal berlaku.
Melalui satu rakaman dari Astro Arena, umum mengetahui perkara ini bermula dari pertengkaran di antara jurulatih JDT, Cesar Ferrando Jimenez dan instruktor kecergasan T-Team, Stefano Impagliazzo, yang seterusnya melibatkan beberapa pemain import kedua-dua pasukan akan tetapi ramai tidak pasti apakah punca sebenar yang menyebabkan pertengkaran ini?
Menurut laporan akhbar New Strait Times, difahamkan pertengkaran tersebut berkisarkan tentang insiden bola terkena tangan pemain JDT I, Amri Yahyah semasa permainan berlansung. Namun kesahihan mengenai punca sebenar pertengkaran ini belum dapat dipastikan.
Tapi yang menjadi persoalan, jika benar dakwaan dari pihak pengurusan T-Team yang ada pegawai dan pemain mereka dipukul oleh 'pegawai tertinggi PBNJ', apakah punca yang , menyebabkan 'pegawai tertinggi PBNJ' bertindak sebegitu agresif?
Buat pengetahuan, setakat artikel ini ditulis, diberitakan 4 laporan polis telah dibuat di Kuala Terengganu berkaitan insiden ini, satu daripada pihak pengurusan T-Team, satu daripada pemain import Evaldo Cncalves yang didakwa telah ditumbuk oleh "Pegawai Atasan PBNJ', satu laporan daripada instruktor kecergasan T-Team, Stefano Impagliazzo yang mendakwa disepak oleh individu yang lain yang berada di tempat kejadian.
Manakala dua laporan lagi dibuat oleh seorang lagi pemain import T-Team iaitu Fabio Flor yang difahamkan melalui gambar laporannya yang tersebar di media social mendakwa di ugut dan di ancam keselamatannya oleh 'pegawai tertinggi PBNJ', dan satu laporan lagi dilakukan oleh pihak pengurusan pasukan T-Team yang mana laporan polis inilah yang akan dipanjangkan kepada pihak FAM.
Untuk status perlawanan, jawantankuasa FAM akan bersidang pada hari Khamis (6 Februari 2014) ini, dan mesej dari Menteri Belia dan Sukan, Khariy Jamaluddin yang mahu perkara ini disiasat dengan telus tanpa ada unsur berat sebelah di laman twitter beliau wajar diambil berat oleh pihak FAM.
Akhir kata - siapakah yang perlu bertanggungjawab demi meningkatkan lagi tahap profesionalisme Liga Super Malaysia?

Sumber : foxmy

Madrid hanya mampu seri dengan Athletic

Madrid hanya mampu seri dengan Athletic

Penyerang bintang itu dibuang padang selepas bertembung dengan Carlos Gurpegi dan Ander Iturraspe pada minit ke 75.
Seminit sebelum itu, Athletic menyamakan kedudukan hasil pemain gantian Ibai yang menjaringkan gol selepas sentuhan keduanya.
Madrid kekal dengan satu mata walaupun menjaringkan gol pembukaan pada minit ke 65 hasil penyerang Jesse dalam penampilan pertamanya di kesebelasan utama - malangnya Ronaldo mungkin akan digantung tiga perlawanan.
Keputusan seri itu bermakna Real kini tiga mata di belakang Atletico dengan berkongsi mata dengan Barcelona.
Real yang mula perlawanan dengan baik walaupun Atletico mensia-siakan dua peluang keemasan untuk membuka tirai.
Aritz Aduriz mendapat peluang pertama apabila memecut masuk ke dalam kotak dari sayap kanan tetapi percubaan pemain pertahanan itu tersasar.
Iker Muniain juga gagal mengambil kesempatan beberapa minit kemudian apabila menerima hantaran tepat dari sayap kanan tetapi penyerang itu mengambil terlalu banyak masa dan melepaskan peluang terbaik Atletico dalam babak pertama.
Pasukan pelawat bermain tanpa Gareth Bale akibat kecederaan tetapi mula babak kedua dengan rentak yang baik - Luka Modric dengan peluang pertama yang menguji Gorka Iraizoz.
Karim Benzema kemudian mencipta gol pertama pada minit ke 65 apabila memberi bola kepada Ronaldo di sayap kiri sebelum ketua pasukan Portugal itu menepis bola kepada Jesse yang menyepak masuk gol pertama dalam perlawanan.
Athletic kemudian menggantikan Ibai dengan Muniain pada minit ke 73 dan walaupun tendangan percumanya tidak lepas tembok pertahanan, rembatan Ibai selepas itu membolos gawang Real.
Ronaldo dilayangkan kad merah seminit kemudian - penyerang Real itu ditolak Gurpegi dan beliau memblas dengan menolak muka pemain lawan itu. Gurpegi terus rebah dan Iturraspe pula yang bertembung dengan Ronaldo dengan menolaknya.

Sumber : foxsportmy

Wednesday, 5 February 2014

Rodriguez tak cedera

Rodriguez tak cedera

Perlawanan pusingan kedua Piala FA antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan T-Team yang ditangguhkan Sabtu lalu seharusnya diteruskan kerana tiada sebarang insiden pergaduhan dan kecederaan terjadi seperti dilaporkan sebelum ini.

Seorang pemain T-Team, Muhd. Irfan Abdul Ghani berkata, walaupun tidak melihat sendiri insiden yang hangat diperkatakan itu, namun sewaktu berada di dalam bilik persalinan, dia tidak melihat sebarang kecederaan pada individu yang terbabit.

"Saya berada di tepi padang ketika mereka berjalan untuk masuk terowong dan apa yang saya lihat adalah jurulatih kecergasan T-Team menolak jurulatih JDT, Cesar Ferrando Jiminez."

"Apa yang terjadi di dalam terowong saya tidak nampak, namun sewaktu berada dalam bilik persalinan, tiada sebarang kecederaan di bahagian muka Elvaldo Rodriguez yang dikatakan ditumbuk sehingga hidungnya berdarah.

"Malah individu yang dikatakan tercedera dalam insiden terbabit juga hadir dalam sesi latihan keesokan hari tanpa sebarang masalah," katanya.

Muhd. Irfan yang dahulunya bekas pemain JDT berkata demikian selepas hadir memberi keterangan kepada pihak polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.



Artikel Penuh: © Utusan Melayu (M) Bhd 

Segera ledak gol atau kontrak bakal ditamatkan

Segera ledak gol atau kontrak bakal ditamatkan

Jaringkan gol atau kontrak ditamatkan'. Itu amaran keras daripada Pengurus Perak, Datuk Azhar Ahmad kepada dua penyerang import pasukan itu, Zelimer Terkes dan Eliel Da Cruz Guardiano yang masih gagal menunjukkan prestasi cemerlang selepas empat perlawanan bersama skuad Bos Gaurus.

Kedua-dua pemain itu diberi peluang untuk membuktikan kemampuan dalam dua perlawanan Liga Super iaitu menentang Kelantan di laman sendiri, Sabtu ini dan menentang Sarawak di Kuching pada 15 Februari ini.

Tegas Azhar, jika masih gagal, kontrak kedua-dua pemain itu mungkin akan ditamatkan.

"Saya telah memberi amaran kepada kedua-dua pemain itu minggu lepas dan sekali lagi semalam. Namun saya tetap memberi mereka peluang untuk mempamer prestasi yang terbaik.

"Mereka perlu meningkatkan mutu permainan dalam dua perlawanan seterusnya, jika masih tidak berubah saya akan tukarkan mereka dengan pemain baharu," katanya pada sidang akhbar selepas sesi Hari Bertemu Pelanggan di Dewan Serbaguna SUK, semalam.

Azhar berkata, pihaknya juga telah mengenalpasti pemain yang mungkin dibawa masuk, termasuk pemain dari Brazil, Anderson Rodrigues Cardoso yang sebelum ini pernah diuar-uarkan untuk bermain dengan Perak.

Katanya, seorang lagi adalah penyerang kelab Vietnam yang menjuarai Piala AFC sebanyak empat kali, Dong Nai, iaitu David Balla.

Katanya, pertukaran pemain dijangka dilakukan pada April ketika tempoh perpindahan dibuka.

Bagaimanapun, Azhar berpuas hati dengan persembahan dua lagi pemain import, Martin Kafando dan Kyaw Zayar Win setakat ini.

Mengulas perlawanan dengan Kelantan pada 8 Februari ini, Azhar berkata, Perak mesti menang untuk meyakinkan penyokong mereka agar datang memenuhi stadium.



Artikel Penuh:
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tuesday, 4 February 2014

Johor Darul Takzim vs Pahang Jumaat ini Piala FA di Stadium Darul Makmur

Johor Darul Takzim vs Pahang Piala FA

Tahap keselamatan di Stadium Darul Makmur di sini semasa perlawanan Liga Super antara Pahang dengan Johor Darul Takzim (JDT) Jumaat ini akan dipertingkat.Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Abdul Aziz Ahmad berkata jumlah anggota keselamatan akan ditambah lebih daripada sekali ganda pada malam perlawanan."Jika dalam perlawanan sebelum ini hanya 300 anggota keselamatan yang ditempatkan bagi mengawal perlawanan, tetapi Jumaat ini kekuatan anggota akan ditambah sehingga 784 orang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat mengenai persiapan perlawanan tersebut di sini hari ini.Beliau berkata selain kawalan dan rondaan, dua ekor anjing dari Unit K9 akan turut digunakan.Langkah keselamatan dipertingkat ekoran insiden tidak diingini berlaku ketika perlawanan Piala FA antara JDT dan T-Team di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, di Larkin, Johor pada Sabtu lepas.



5 Pemain ini Menyesal Tinggalkan MU

5 Pemain ini Menyesal Tinggalkan MU

Berikut ini pemain yang menyesal setelah meninggalkan MU.

1. Andy Cole
Cole meninggalkan Old Trafford untuk bergabung dengan Blackburn Rovers pada tahun 2001. Sosok yang pernah jadi pemain andalan Setan Merah ini memutuskan pergi setelah tempatnya mulai digeser oleh striker Belanda, Ruud van Nistelrooy. "Saya menyesal memilih hengkang. Saya tidak bermain secara reguler tetapi hengkang adalah keputusan yang salah," kata Cole.

2. Gabriel Heinze
Bek berdarah Argentina itu membela MU selama tiga musim sejak 2004-2007 sebelum akhirnya didepak ke Real Madrid karena bersitegang dengan pelatih Sir Alex Ferguson. Pertengkaran Heinze dan Sir Alex bermula sejak kedatangan Patrice Evra di musim 2005/2006. Merasa kesal karena posisinya tergusur, Heinze meminta pihak MU menjualnya ke Liverpool. "Saya tidak punya banyak penyesalan di sepakbola, tapi saya sangat menyesal pergi dari Manchester United," katanya.

3. David Beckham
Setelah meninggalkan Old Trafford pada tahun 2003, Beckham butuh empat musim untuk meraih trofi bersama Real Madrid. Ia kemudian meninggalkan Madrid untuk bermain di Amerika Serikat bersama LA Galaxy. "Saya tahu, Becks (Beckham) pindah ke Madrid dan AC Milan dan mencoba hidup di AS. Namun, dia pendukung MU dan saya tidak percaya dia menemukan yang sebanding dengan bermain untuk MU," kata Ryan Giggs.

4. Jaap Stam
Bek asal Belanda ini dijual ke Lazio seharga 16,5 juta pound pada tahun 2001 setelah terjadi keributan dengan Ferguson. Stam didatangkan United dari PSV Eindhoven pada 1998 dengan harga 10,5 juta pound. Ia adalah salah satu punggawa United yang meraih treble winners pada 1999. "Saya tidak menyimpan dendam. Tapi MU tahu bahwa mereka melakukan kesalahan telah menjual saya. Bermain di MU adalah kenangan paling bahagia bagi saya," kata Stam.

5. Roy Keane
Bintang temperamental, ikon, dan kapten MU akhirnya meninggalkan Old Trafford pada 2005. Setelah 12 tahun ikut membangun Setan Merah, Keane mengumumkan langkahnya untuk hengkang. Klub Skotlandia, Celtic klub yang mengorbitkan bintang asal Irlandia itu menjadi pelabuhan berikutnya. Namun kurang dari setahun kemudian, ia memutuskan untuk gantung sepatu. "Pada hari saya meninggalkan United seharusnya saya berhenti bermain," ujar Keane.

Sumber : bola.liputan

Kim Swee Jurulatih baru Harimau Malaya

Kim Swee Jurulatih baru Harimau Malaya

Setelah gagal mencapai kata sepakat dengan jurulatih berprofil tinggi, Phillippe Troussier, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akhirnya membuat keputusan menyerahkan skuad Harimau Malaya di bawah pengendalian Ong Kim Swee buat sementara waktu sehingga mereka mendapat jurulatih tetap.

Jurulatih Harimau Muda A itu bakal membawa cabaran Harimau Malaya dalam aksi persahabatan berdepan Filipina pada 1 Mac dan pusingan kelayakan Piala Asia 2015 menentang Yemen.

Walaupun ditakrifkan sebagai jurulatih sementara oleh pengurus pasukan kebangsaan, Datuk Seri Subahan Kamal, tindakan FAM itu seolah-olah mahu melihat sejauh mana kemampuan Kim Swee membawa Harimau Malaya dengan dua perlawanan itu sebagai medan ujian.

Jika berjaya mencapai keputusan memberangsangkan dalam kedua-dua perlawanan itu, Subahan tidak menafikan FAM bersedia untuk memberi peluang lebih besar kepada Kim Swee biarpun mereka masih mengintai khidmat jurulatih lain dalam masa yang sama.

"Seperti mana yang pernah dilaporkan oleh pihak media sebelum ini, memang benar kami gagal mencapai kata sepakat dalam usaha mendapatkan Philippe Troussier," katanya, yang tidak menjelaskan punca kegagalan tersebut.

"Oleh kerana tiada lagi calon lain dalam masa terdekat ini, kami bersepakat melantik Kim Swee untuk menggalas tanggungjawab selaku jurulatih sementara bagi perlawanan kelayakan Piala Asia 2015 iaitu menentang Yemen di Dubai pada 5 Mac ini.

"Kami akan memberikan peluang kepada Kim Swee untuk mengendalikan pasukan kebangsaan dan kita tengok beberapa bulan ini apa yang terjadi.

"Jika segalanya berjalan dengan baik, mungkin kami akan melantik dia menjadi ketua jurulatih dan FAM sendiri tidak meletakkan had masa untuk membuat keputusan dalam hal ini," katanya lagi dalam sidang akhbar semalam.

Ditanya bilakah FAM akan memuktamadkan isu pelantikan jurulatih Harimau Malaya, Subahan berkata, FAM tidak berada dalam situasi terdesak memandangkan hanya Kejohanan AFF sahaja menjadi aksi penting dalam kalendar bola sepak antarabangsa.

"Pasukan kebangsaan bukan dalam situasi terdesak untuk mendapatkan jurulatih tetap kerana selepas pertemuan dengan Yemen, hanya ada pertemuan persahabatan dengan Singapura dan Kejohanan AFF 2014.

"FAM masih membuka ruang kepada individu-individu yang berminat menjadi jurulatih Harimau Malaya, jika sebelum ini kami menerima kira-kira 42 permohonan, saya yakin jumlah itu akan bertambah," katanya.

Sementara itu, Kim Swee tidak melihat pelantikannya sebagai jurulatih Harimau Malaya itu sebagai satu yang membebankan walaupun dalam masa sama masih memegang tugas mengendalikan Harimau Muda A.

"Buat makluman semua, Liga Australia (National Premier League ) di Queensland, Australia hanya akan bermula pada 8 Mac dan saya boleh mengharapkan kumpulan kejurulatihan Harimau Muda memulakan latihan di sana terlebih dahulu.

"Selepas perlawanan dengan Yemen pada 5 Mac, saya akan terus terbang ke Brisbane, Australia, jadi bukan satu masalah besar," katanya.



Artikel Penuh: © Utusan Melayu (M) Bhd 

Monday, 3 February 2014

PIALA FA 2014 PUSINGAN KEDUA

PIALA FA 2014 PUSINGAN KEDUA

TARIKH
4 Februari 2014 (Selasa)
16        Kedah                         mln      Perlis       8.45mlm, Stadium Darul Aman
17        P Pinang PBAPP FC  mln      PDRM     8.45mlm, Stadium Bandaraya
19        Kelantan                      mln      Sabah      8.45mlm, Stadium Sultan Muhammad IV
20        Selangor PKNS FC     mln      Terengganu     8.45mlm, Stadium Tuanku Abdul Rahman
21        KL Sime Darby           mln      KL Felda United        8.45mlm, Stadium Majlis P Selayang
22        Selangor                      mln      Sarawak   4.15ptg, Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya

RAMALAN
16        Kedah                         3-1       Perlis       8.45mlm, Stadium Darul Aman
17        P Pinang PBAPP FC  1-2       PDRM     8.45mlm, Stadium Bandaraya
19        Kelantan                      2-0       Sabah      8.45mlm, Stadium Sultan Muhammad IV
20        Selangor PKNS FC     1-2       Terengganu     8.45mlm, Stadium Tuanku Abdul Rahman
21        KL Sime Darby           2-1       KL Felda United        8.45mlm, Stadium Majlis P Selayang
22        Selangor                      2-1       Sarawak   4.15ptg

Sumber : mat80

Manchester United tenang walaupun tewas dengan Stoke 2-1

Manchester United tenang walaupun tewas dengan Stoke 2-1

Pengurus Manchester United, David Moyes tidak bimbang dengan prestasi pasukannya biarpun tewas buat kali kelapan dalam saingan liga apabila tumpas 2-1 kepada Stoke City di Stadium Britannia, semalam.

Dalam perlawanan tersebut Charlie Adam menjaringkan kedua-dua gol tuan rumah, sebelum dan Robin van Persie menghasilkan gol buat The Red Devils, untuk menghadiahkan skuad The Potters kemenangan pertama dalam liga ke atas United sejak 1984 sekali gus semakin menguncupkan peluang penyandang juara Liga Perdana Inggeris itu untuk layak ke persaingan Liga Juara-juara musim depan.

Ketika ini United berada di tangga ketujuh dengan 40 mata dan akan terus ketinggalan jauh daripada kelompok empat terbaik sekiranya masih gagal mendapatkan mata sepanjang baki 14 perlawanan musim ini.

"Saya fikirkan persembahan pasukan sangat bagus untuk perlawanan tersebut.

"Saya juga fikir kami mampu bermain dengan baik dan saya tidak fikir persoalan tentang persembahan yang buruk adalah betul.

"Kami telah membuat beberapa percubaan untuk mendapatkan jaringan dan pemain beraksi dengan baik.

"Malah kami hanya terlepas gol bukan disebabkan oleh kesilapan yang besar dan saya masih berpendapat pasukan ini adalah yang terbaik.

"Pasukan lawan dapat menjaringkan gol dan kami berjaya menyamakan kedudukan semula mungkin selepas ini kami perlu melakukan lebih baik lagi," kata Moyes.

Dalam perlawanan di Stadium Britannia itu, Stoke terlebih dahulu mendapatkan jaringan pada minit ke-38 menerusi Adam sebelum van Persie menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-47 tetapi tuan rumah hanya memerlukan lima minit kemudian untuk mendapat gol kedua menerusi Adam.

Selepas ini United akan menentang Fulham pada Ahad sebelum berkunjung ke Stadium Emirates untuk pertemuan dengan Arsenal 12 Februari.



Artikel Penuh:  © Utusan Melayu (M) Bhd 

Pemain T-Team melakukan provokasi

Pemain T-Team melakukan provokasi

Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) mendakwa pemain T-Team melakukan provokasi sehingga membawa pergaduhan sewaktu perlawanan Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos malam semalam.

Selain itu mereka tidak berpuas hati apabila perlawanan itu ditangguhkan separuh jalan akibat pergaduhan yang berlaku di dalam terowong sewaktu perlawanan berehat.

PBNJ dalam laman Facebook rasminya mendakwa, sebaik wisel penamat separuh masa pertama dibunyikan, jurulatih kecergasan T-Team, Stefano Impaguazzo telah membuat provokasi ke atas ketua jurulatih JDT, Cesar Ferrando Jiminez.

“Tiba-tiba pemain import T-Team memakai jersi nombor 16, Evaldo Rodrigues meluru masuk menuju terus ke hadapan muka Jiminez lalu memarahinya dan berlarutan hingga ke terowong menuju ke bilik persalinan.

“Pihak keselamatan stadium diketuai PDRM Johor berjaya meleraikan masalah," menurut PBNJ di dalam laman sosial itu.

PBNJ mendakwa perlawanan terpaksa ditangguhkan setelah keseluruhan pasukan T-Team membuat keputusan tidak mahu memulakan separuh masa kedua perlawanan

PBNJ turut mendakwa tiada apa-apa insiden buruk berlaku kepada pasukan lawan dan penyokong mereka, malah segala perjalanan dalam perlawanan di tengah padang juga amat cemerlang.

Menurut PBNJ, perlawanan terpaksa ditangguhkan kerana pasukan T-Team membuat keputusan mengejut dengan menarik diri serta pulang awal sebelum perlawanan separuh masa kedua dimulakan.

Menurut PBNJ lagi, mereka juga tidak bersetuju dengan keputusan perlawanan ditangguhkan kerana apa yang berlaku tidak melibatkan pemain-pemain di tengah padang mahu pun penyokong ketika perlawanan sedang berlangsung.



Artikel Penuh: © Utusan Melayu (M) Bhd 

Widget Ping Busuk